in

Tempoh Penggal 5 Tahun Bakal Tamat 30 Januari, Ini 7 Fakta Menarik Tentang YDPA Yang Korang Kena Tahu

Cats 47

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pada hari Khamis lalu, Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah telah mengumumkan bahawa baginda akan menamatkan pemerintahannya pada 30 Januari selepas lima tahun menjawat jawatan Agong Malaysia.

Susulan itu, mesti ramai yang masih belum kenal sepenuhnya Agong ke-16 ini. Malah, mungkin korang ada minat yang sama dengan baginda! Oleh itu, mari min beritahu korang tujuh fakta menarik mengenai baginda Al-Sultan Abdullah ini.


1. Dilantik sebagai Tengku Mahkota Pahang pada usia muda

Agong

Pada 1 Julai 1975, baginda telah berjaya dilantik menjadi Kebawah Duli Yang Teramat Mulia Tengku Mahkota Pahang seawal usia 16 tahun tau! Baginda juga telah dimasyhurkan pada 23 Oktober 1977 di Istana Abu Bakar, Pekan.

Sejak itu, baginda telah memegang gelaran itu selama hampir 44 tahun sebelum diangkat menjadi sultan. Uniknya, tempoh gelaran putera mahkota baginda itu adalah kedua paling lama yang pernah dipegang dalam kalangan pewaris takhta di seluruh dunia!

Artikel berkaitan: “Jangan ingat sudah popular boleh perlekeh sesiapa” – Sultan Selangor Tegur Pemimpin Politik, Jangan Biadap

2. Pendidikan

Gererrre

Masa pendidikan awalnya, beliau bersekolah di sekolah tempatan seperti Sekolah Ahmad dan Sekolah Menengah St. Thomas yang bertempat di Kuantan, Pahang.

Setelah itu, baginda melanjutkan pengajian tingginya di luar negara iaitu di Sekolah Aldenham, Hertsfordshire sebelum berpindah ke Devies’ College di London pada tahun 1978. Baginda juga pernah belajar di Akademi Tentera Diraja Sandhurst dan telah berjaya dianugerahkan pangkat Leftenan Muda oleh Ratu Elizabeth II.

 

3. Minat lagu bergenre R&B

Capture 1

Sesiapa yang minat muzik R&B zaman 70-an dan 80-an ni korang memang bertuah kerana ia juga merupakan genre kegemaran Sultan Abdullah. Antara kumpulan yang bawa genre ini pada suatu ketika dahulu ialah Rolling Stones dan Jackson 5.

Namun, yang menjadi favourite baginda ialah penyanyi dari Amerika Syarikat, Lionel Richie. Tapi, korang jangan sangka Sultan Abdullah tak minat penyanyi tempatan tau! Sebabnya, baginda juga menyukai artis veteran Malaysia seperti Dahlan Zainuddin dan Datuk Jamal Abdillah.

4. Ingin jadi tentera 

A 1

Tambahnya lagi, minat untuk bergelar tentera itu telah dibina sejak muda lagi kerana tanggungjawab yang digalas dapat memupuk disiplin tinggi dalam diri. Baginda juga suka akan uniform jawatan itu kerana ia buatkannya berasa bangga bila memakainya.

5. Aktif dalam sukan 

Agong 1

Korang jangan terkejut sebab Agong pun aktif bersukan tau! Malah, ada sesetengahnya baginda memang mahir seperti sukan hoki, sepak takraw dan polo. Menurut pelbagai sumber, Sultan Abdullah pernah mengetuai Pasukan Polo Diraja Pahang dalam perlawanan antarabangsa di England pada masa dulu.

Seperti kebanyakan orang Malaysia, baginda juga minat akan sukan bola sepak. Siapa yang minat Arsenal, korang memang satu geng dengan sultan. Baginda juga pernah menubuhkan satu pasukan bolanya sendiri yang diberi nama Pasukan Sri Mahkota Alam di Pekan.

Artikel berkaitan: “Tebal weh!” – PMX Dedah YDP Agong Bukukan Semua Surat Aduan Dari Warga Sabah & Sarawak

6. Minat filem Hindustan 

Capture1 1

Selain minat bersukan dan mendengar lagu, baginda juga suka menonton filem terutama sekali filem Hindustan yang terkenal dengan keunikannya. Bukan tu je, Agong juga pernah dedahkan yang baginda dah ulang cerita Sangam sebanyak lima kali manakala cerita Kuch Kuch Hota Hai yang dibintangi Shah Rukh Khan dan Kajol telah ditonton sebanyak empat kali.

Patutlah cerita Kuch Kuch Hota Hai tu asyik keluar kat TV je. 

Tambahan lagi, disebabkan minatnya kepada bidang ketenteraan, baginda juga suka layan filem yang bertemakan peperangan seperti filem Paskal.

7. Perkahwinan dengan Raja Permaisuri Agong

Sweet

 

 

Baginda telah berkahwin dengan puteri ketiga Sultan Johor iaitu, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah pada Mac 1986 di Istana Bukit Serene, Johor Bahru. Namun, sebenarnya baginda berdua sudah pun berjumpa semasa kecil ketika masing-masing baru berusia 12 dan 13 tahun.

Menariknya, penyatuan ini merupakan satu tradisi kesultanan antara negeri Johor dan Pahang di mana kerabat diraja terdahulu pun telah dikahwinkan antara dua buah negeri itu.

Khidmat tuanku sebagai Yang di-Pertuan Agong selama ini 5 tahun ini akan selalu diingati sebagai raja yang dekat di hati rakyat. Daulat Tuanku!

Sumber: mStar, Wikipedia

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.