Mungkin tak ramai yang tahu, tapi di Arab Saudi ada sebuah kota yang dinamakan Al-‘Ula yang terletak 300 km di sebelah utara Madinah.
Terdahulunya, wilayah Al-‘Ula ini juga dikenali sebagai Mada’in Saleh atau al-Hijr yang didiami oleh kaum Tsamud yang merupakan umat kepada Nabi Saleh AS.
Menurut sumber, wilayah yang dahulunya dikatakan sangat subur dengan tumbuhan pada setiap tahun telah membuatkan kaum Tsamud menjadi manusia yang bongkak dan kejam serta suka menyeksa dan membunuh orang yang miskin.
Kemudian Nabi Saleh telah dihantar oleh Allah SWT untuk membimbing kaum ini, namun mereka menolak dan menyangkal kenabiannya hingga membuatkan Allah SWT murka.
Demi menghukum kaum tersebut, gempa bumi telah diturunkan pada waktu malam yang mana menyebabkan seluruh kaum tersebut maut ditelan bumi.
Al-‘Ula kini dijadikan tempat pelancongan?
Walau bagaimanapun, baru-baru ini tular satu tweet yang memaparkan Al-‘Ula yang dilihat telah dibangunkan oleh kerajaan Arab Saudi menjadi tempat pelancongan.
Pelbagai aktiviti telah diadakan di kawasan tersebut yang kini telah menjadi tapak warisan UNESCO, kalau korang tengok memang menariklah siap ada infinity pool, boleh berbasikal dan buat camp night dekat kawasan itu.
Ni ada video sikit apa yang happening di buat by Saudi government kat Al 'Ula ni, dia macam 4-5 jam drive dari Madinah je pun. pic.twitter.com/wodiP5CDSv
— f 👁️⃤ ck (@facktura) March 19, 2023
Perkara ini sekaligus menimbulkan rasa pelik netizen yang mendakwa Nabi Muhammad SAW pernah menghalang para sabahat untuk singgah di kawasan tersebut atas beberapa sebab.
Kenapa nabi halang sahabat singgah di Al-‘Ula?
Menurut Republika, ketika Nabi Muhammad SAW melalui kawasan ini untuk pergi ke Perang Tabuk, baginda secara khususnya telah menunjukkan kawasan itu (Mada’in Saleh) kepada para sahabat sebagai satu ibrah.
Baginda memerintahkan mereka untuk minum air hanya daripada satu sumur yang digunakan unta Nabi Saleh AS dan melarang mereka makan serta minum apa-apaun dari daerah itu dan berlalu dari kawasan itu dengan cepat.
Madain Saleh, AlUla, #SaudiArabia
photo by @Jo0sef pic.twitter.com/tBIUMhr7YE— Old Arabia (@OldArabia) April 15, 2021
Hal ini kerana gempa bumi yang berlaku ribuan tahun lalu didakwa telah menipiskan lapisan UV. Malah didakwa juga para ilmuan telah menemukan satu lubang besar dalam lapisan ozon atmosphera tepat di kawasan tersebut.
Ini menyebabkan wilayah itu juga terdedah kepada risiko kerosakan akibat gempa bumi, kerosakan akibat sinar UV, penyakit kulit, kanser dan ribut semulajadi, menurut sumber.
Apa-apapun kawasan tersebut dikatakan tidak selamat untuk didiami dan ia sebaiknya dijadikan kawasan yang mana mengingatkan kita akan kehebatan serta kekuasaan Allah SWT.
Baca: Lagi Binaan ‘Gila’ Oleh Arab Saudi, Kiub Gergasi Emas Bakal Jadi Binaan Terbesar Dunia