Harga hartanah pada zaman kini semakin lama semakin meningkat dan kenaikan harga ini menyebabkan ramai anak muda yang tidak mampu nak memiliki rumah sendiri. Kebanyakannya hanya mampu menyewa bilik sewa sahaja jika di bandar-bandar besar.
Namun, menyewa bilik juga sukar kerana kebanyakan bilik yang disewakan adalah mahal namun sempit.
Itulah yang boleh digambarkan dengan situasi sebuah bilik sewa di Shanghai, China ini kerana bilik tersebut sempit dan paling menarik perhatian ialah lokasi tempat tidur dalam bilik itu yang terletak di belakang tandas duduk yang tidak disediakan dinding pemisah antara dua ruangan itu.
Artikel berkaitan: “Berbau, sempit” – KPKT Serbu Bilik Sewa ‘Liang Lahad’ Harga RM300
Artikel penuh: Tak Masuk Akal! Ramai Terkejut Ruang Dapur Dijadikan Bilik Sewa Dengan Harga RM250
Memetik laporan South China Morning Post, bilik sewa itu disewakan dengan harga 300 yuan (kira-kira RM196.68 jika ditukar ke Ringgit Malaysia).
Bilik sewa itu mempunyai keluasan sekitar 53 kaki persegi dan sebenarnya terletak di bawah tangga dan mempunyai tandas dan sinki di bahagian depan tempat letak tilamnya.
Apa yang lagi menarik perhatian ialah, meskipun ramai warganet yang melihat video bilik sewa itu berpendapat bahawa ruang dalam bilik sewa itu tidak sesuai untuk diduduki, namun percaya atau tidak bilik berkenaan telah mempunyai penyewa tidak lama selepas ia diiklankan.
Menurut agen hartanah yang mengiklankan bilik sewa itu, bilik berkenaan telah disewa oleh seorang penghantar barang.
Masuk sahaja ke dalam bilik itu, akan nampak kawasan sempit seperti dapur yang mempunyai tingkap, manakala bahagian tempat tidur dan tandas pula di bahagian kanan namun tidak mempunyai tingkap.
Korang boleh tengok video room tour yang dikongsikan oleh YouTube SCMP ini.
Sumber: South China Morning Post