in

“Tempat lain kena buat jugak ni” – Lelaki Dipuji Gara-Gara ‘Review’ Solat Tarawih

Review Tarawih

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Surau tempat kau buat berapa? Baca panjang ke pendek? 

Ha, itulah antara soalan-soalan yang biasa kita dengar bila masuk bulan Ramadan ni. Iaitu bilangan rakaat yang dibuat oleh surau atau masjid untuk Solat Sunat Tarawih sempena bulan puasa ni dan solat sunat tersebut tergolong dalam salah satu solat sunat yang dituntut seperti yang dijelaskan oleh Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan.


Selain daripada ‘perdebatan’ jumlah rakaat, ada sesetengah tempat membuat 8 rakaat sahaja dan ada juga yang melakukannya sebanyak 20 rakaat. Kedua-dua ini biasanya akan ‘dilengkapkan’ dengan 3 rakaat Solat Sunat Witir.

Tak kiralah sama ada korang nak buat 8 atau 20, itu terpulang pada masing-masing. Kalau nak rebut pahala ‘bonus’ buatlah banyak sikit.

Trg Solat Hajat003S

Cerita pasal Tarawih ni, perkongsian seorang pemuda di Twitter ini mungkin dapat membantu korang yang masih ‘tercari-cari’ masjid atau surau untuk mengerjakan ibadah tersebut di sekitar Lembah Klang.

Jika biasanya orang lain akan mengulas tentang produk seperti makanan, hotel, pakaian dan lain-lain kan? Tapi perkongsian dari saudara Rafique Muzhaffar ini benar-benar ‘rare’ dan lain daripada yang lain.

Mendapat pujian dan perhatian warga Twitter, bebenang ‘review’ Solat Sunat Tarawih oleh Rafique ini secara tak langsung dapat memberikan ‘tips’ dan gambaran kepada mereka yang masih tercari-cari masjid atau surau ‘best’ untuk bertarawih.

Menurut perkongsian tersebut, boleh dikatakan masa yang paling singkat adalah di Surau Hartamas iaitu habis pada jam 9.25 malam dan dari segi bacaan terbaik pula adalah di Masjid Negara.

Selain daripada masa yang diambil oleh kesemua tempat untuk habis mengerjakan 8 rakaat, ada juga disertakan dengan ‘nota’ tentang bacaan imam serta SOP yang dikenakan di tempat-tempat berkenaan.

Lebih menarik, perkongsian Rafique ini juga turut disertakan dengan ‘keadaan’ masjid berkenaan sama ada ianya mempunyai pendingin hawa, sejuk, berangin dan sebagainya.

Review Solat Tarawih

Menerusi beberapa komen dan jawapan balas kepada bebenang tersebut, kelihatan ramai teruja dengan ‘review’ tersebut. Ada yang memuji dan tak kurang juga yang mengambil kesempatan untuk kongsikan review di tempat mereka tersendiri.

Menarik jugak ni, harap bebenang tersebut disambung supaya ramai lebih bersemangat dan terinspirasi selepas membaca perkongsian-perkongisan jemaah di surau dan masjid yang dinyatakan.

Baca : [VIDEO] Jemaah Lelaki ‘Buat Perangai’, Mengintai & Tangan Menjalar Di Bawah Langsir Jemaah Wanita Dalam Masjid

Ft Jemaah Intai

 

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.