in

Teksi dan Uber Akhirnya Berdamai, Kini Bekerjasama Kongsi Aplikasi

page 6

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Anda pasti serik dengar isu pergaduhan dan perselisihan faham antara pemandu teksi dan Uber kan? Namun kini tidak lagi kerana Gabungan Persatuan dan Syarikat-syarikat Teksi Semenanjung Malaysia (GPST) dilaporkan akan bekerjasama dengan Uber Malaysia. Akhirnya…

GPST dan Uber dilaporkan akan bekerjasama menerusi penggunaan aplikasi Uber di dalam setiap teksi. Operasi Uber Malaysia telah diluluskan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) namun ianya hanya akan diumumkan selepas pembentangan di Parlimen.


Menurut Penasihat Teksi Big Blue Datuk Shamsubahrin Ismail, memorandum persefahaman kerjasama itu dijadualkan ditandatangani hari ini. Kerjasama ini dikatakan membabitkan 500 teksi di bawah gabungan persatuan berkenaan bagi peringkat permulaan.

teksi2
Sumber: thestartv.com

Shamsubahrin turut berkata kerjasama melalui platform aplikasi Uber itu semestinya akan memberikan manfaat kepada pemandu teksi.

Platform Uber di pasaran kuat daripada segi pemasaran, mendapatkan tempahan dan boleh memberi pendapatan kepada pemandu teksi,” katanya.

teksi1

teksi
Sumber: careta.my

Terdahulu, aplikasi yang telah dibangunkan khas untuk teksi tempatan dilihat tidak berfungsi secara menyeluruh kerana ramai yang tidak tahu akan kewujudannya.

Malah, pada Oktober 2016, seramai 10,000 pemandu teksi memulangkan semula kenderaan kepada syarikat pemilik permit selepas perkhidmatan teksi konvensional menghadapi saingan sengit daripada Uber dan Grabcar.

Kini apa yang perlu pemandu teksi lakukan ialah mempertingkatkan mutu perkhidmatan mereka untuk bersaing dalam aplikasi baru itu.

Diharap kerjasama yang bakal ditandatangani ini akan memberikan kebaikan dan perubahan baik antara pemandu teksi dan Uber.

Takmau gaduh-gaduh dah okay! 🙂

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.