Mungkin bagi kita yang sememangnya lahir di bumi bertuah Malaysia ini pasti tidak merasa special kereta teksi di negara kita ini. Tapi lain pula bagi dua beradik warga Belanda ini, Jochem dan Ruben Gravemade yang sanggup restore sebuah Proton Wira versi teksi dan dikenali dengan “Projek Proton.”
Namun projek itu bukan untuk dijadikan pameran atau cantik sahaja, ia dibaiki dan diubah suai hanya untuk ‘layan’ litar Nürburgring yang terletak di German. Litar itu turut di kategorikan sebagai litar yang merbahaya dan terkenal dengan nama jolokan ‘The Green Hell’.
Projek ini telah dikongsikan menerusi laman Instagram mereka. Menurut sumber, dua beradik ini pernah tinggal di Ampang selama tujuh tahun dan setelah kembali ke negara asal, mereka ingin memberitahu semua orang di Nürburgring yang Malaysia mempunyai kereta yang bagus.
Menurut Jochem, mereka sangat bertuah kerana berjaya mendapatkan sebuah unit Wira kerana ia dijual dalam jumlah yang sangat sedikit di Jerman dan agak jarang dilihat dengan pemanduan kiri.
Kerja-kerja pengubahsuaian dilakukan dengan agak lancar, memandangkan ada banyak sparepart yang boleh dikacuk kan walaupun ada beberapa komponen spesifik seperti lampu, sukar untuk diperolehi. Akhirnya ia berjaya disiapkan dan teksi litar ini turut dilekatkan dengan lencana ikonik pada pintu depan yang tertera perkataan “DDM Dutch Mechanics Sdn Bhd” dan “Teksi Ampang”.
Gambar sebelum kereta diubah suai
Apa yang menarik, pelekat cermin pandu lalu VIP McDonald’s turut ditampal pada cermin hadapan kereta tersebut untuk menjadikan ia lebih nampak pure kereta dari Malaysia. Menurut sumber, ia telah dihadiahkan oleh salah seorang peminat mereka di Malaysia.
Menurut Jochem lagi, teksi ini masih lagi belum sempurna dan merancang untuk memasang meter teksi yang berfungsi tidak lama lagi.
Mereka sebenarnya ada bercadang untuk mengenakan bayaran kepada penumpang yang mahu mengelilingi litar tersebut. Wow, nice jugak kan? Boleh jalan-jalan dalam litar!
Baca: Kusyen Kereta Penuh ‘Peta Korang Boleh Try Cara Ini, Modal Tak Sampai RM10