Peminat air bubble tea mungkin tak lama lagi tak dapat dah nak menikmati air tu di Tealive sebab syarikat ni mungkin akan melabuhkan tirai tak lama lagi!
Semua pun dah tau kan yang pada Disember 2016, La Kaffa International Co Ltd, syarikat yang berpangkalan di Taiwan telah menamatkan perjanjian francais induk dengan Loob Holding Sdn Bhd walaupun sudah mencecah 20 tahun dalam perjanjian itu.
Menurut The Malaysian Insight, Ketua Pegawai Eksekutif Loob Holding, Bryan Loo telah membuat laporan polis berhubung penamatan secara tiba-tiba tetapi bersetuju dengan penamatan tidak lama selepas itu.
Syarikat itu kemudian bangkit dengan mencipta jenama baru iaitu Tealive sementara La Kaffa melantik Will Group sebagai pemberi lesen Chatime di sini.
Walau bagaimanapun, menurut WORLD OF BUZZ, syarikat dari Taiwan itu telah memfailkan tuntutan untuk mendapatkan injunksi bagi menghalang Loob Holding Sdn Bhd daripada terus beroperasi di bawah nama Tealive.
Injunksi tersebut difailkan kerana La Kaffa nak hentikan Loob Holding daripada menjalankan perniagaan yang sama macam Chatime kerana dianggap telah mencuri perniagaan teh mereka.
Dalam penghakimannya semalam, Haim Hamid Sultan Abu Backerm yang mengetuai tiga ahli panel berkata injunksi adalah berdasarkan pelanggaran syarat pasca francais dan juga mengembalikan haknya.
“Secara mudahnya, Loob mendapat keuntungan daripada perniagaan francais Chatime untuk menubuhkan perniagaan saingan yang mana menurut La Kaffa ia tidak dibenarkan di bawah peraturan francais dan juga Akta Francais 1998.”
“Akibatnya, mereka memohon injunksi untuk menghalang Loob dengan mandatori yang lain.”
Sementara itu, Loob Holding memberikan kenyataan dan memberitahu bahawa mereka akan memfailkan permohonan untuk merayu di Mahkamah Persekutuan.
“Kami sudah mengarahkan peguam untuk membuat permohonan kepada mahkamah bagi membolehkan kami mengekalkan status quo sehingga keseluruhan proses perundangan selesai.”
Tak taulah apa kesudahan untuk Tealive. Kita nantikan…
Baca: “Rasa macam jelly panjang” – Lelaki Trauma Tersedut Anak Cicak Dalam Air Minuman