Taylor’s University, melalui Digital Health and Medical Advancement Impact Lab (Makmal Impak Kesihatan Digital dan Kemajuan Perubatan) baru-baru ini mencatat perkembangan penting dalam perjuangan negara melawan kanser serviks dengan pengenalan inovasi perintis PapLite Pro™.
Inovasi tersebut bertujuan meningkatkan saringan serviks dengan menjadikannya kurang invasif dan lebih berkesan dengan menangani halangan seperti kebimbangan terhadap ketidakselesaan dan meningkatkan pengamatan ke atas endoserviks.
Secara tidak langsung, ia meningkatkan ketepatan bagi persampelan sel serta memudahkan golongan wanita dan pengamal perubatan.
Pada majlis pelancarannya, panel pakar terkemuka berkongsi pandangan tentang landskap semasa bagi saringan kanser serviks. Mereka menekankan tentang peranan penting pengesanan awal dalam menambahbaik hasil rawatan dan meningkatkan kualiti hidup.
Majlis itu turut mengutarakan impak kemajuan teknologi seperti PapLite Pro™, dan pentingnya strategi kerjasama yang melibatkan kerajaan, sektor swasta dan organisasi bukan kerajaan dalam memajukan hasil rawatan kesihatan.
“Inovasi Pap smear semua dalam satu menghilangkan bayang-bayangan tangan ahli penjagaan kesihatan profesional untuk memberi pengamatan serviks yang lebih baik. Ia juga direka dengan ergonomik bagi memudahkan cara pengumpulan sel serviks yang mencukupi daripada kawasan serviks yang betul, menghasilkan keputusan ujian diagnostik yang tepat berbanding peralatan Pap smear konvensional,” kata Profesor Dr Chong Pei Pei, Pengarah Digital Health and Medical Advancement Impact Lab (Makmal Impak Kesihatan Digital dan Kemajuan Perubatan), dan Profesor di Pusat Pengajian Biosains, Fakulti Sains Kesihatan & Perubatan di Taylor’s University.
Majlis itu juga menunjukkan simulasi ujian Pap di Taylor’s Virtual Online Future Technology & Extended Reality (VORTEX XR) Lab. Pengalaman unik ini memperlihatkan perbezaan antara ujian Pap konvensional dan PapLite Pro™, dengan mengutarakan ciri-ciri inovatif dan manfaatnya.
“Di Malaysia, kanser serviks adalah kanser kedua paling banyak berlaku dalam kalangan wanita berusia antara 15 ke 44 tahun. Pada tahun 2020 sahaja, terdapat 1,740 kes baru dilaporkan, dengan kadar kematian 57%” – Dr Kavinesh
Menurut Dr Kavinash Loganathan, Kordinator Penyelidikan di Persatuan Kanser Kebangsaan Malaysia (NCSM), di negara ini, kanser serviks adalah kedua terbanyak dalam kalangan wanita dan pada tahun 2020, terdapat 1,740 kes baru dilaporkan.
Bilangan yang membimbangkan ini kebanyakannya adalah disebabkan oleh cabaran seperti stigma budaya, teknik saringan invasif, pilihan pesakit, dan kurangnya kesedaran, yang kesemuanya melambatkan kemajuan pengambilan saringan kanser serviks.
PapLite Pro™ merupakan sesuatu yang berpotensi untuk mengubah saringan serviks bagi ahli penjagaan kesihatan profesional, menawarkan versi yang berteknologi maju untuk visualisasi yang dipertingkatkan dan ketepatan pensampelan sel,” kata.
Pelancaran PapLite Pro™ membawakan rakan industri, ahli profesional perubatan, penyelidik, dan para pendukung untuk memajukan kesihatan wanita melalui teknologi inovatif.
Dalam ucapan aluannya, Dr Thian Lok Boon, Pro Naib Cancelor Pembelajaran & Pengajaran di Taylor’s University berkata, “Taylor’s telah memulakan perjalanan untuk menjadi universiti yang dipacu matlamat – dan kami melakukannya melalui pendidikan, penyelidikan dan advokasi. Pelaksanaan pembelajaran yang diterajui matlamat di seluruh pusat pengajian kami menyaksikan pengenalan 11 Makmal Impak.
Setiap Makmal Impak terdiri daripada pasukan transdisipliner yang fokus pada penyelesaian, terdiri daripada akademik, industri, dan pelajar, yang bekerjasama untuk merealisasikan idea-idea bermakna. Komitmen mereka untuk menangani cabaran masyarakat dan membawa perubahan kepada pelbagai komuniti terkandung dalam Taylor’sphere.
Untuk maklumat lanjut mengenai PapLite Pro™ dan mengetahui lebih lanjut tentang Makmal Impak Taylor’s, sila layari https://impactlabs.taylors.edu.my/taylorsimpactreport2023.html#page/1