Pernah menjadi buah mulut orang ramai, nampaknya pempengaruh, Kim Seri sekali lagi menjadi tumpuan apabila dia ada kongsikan sesuatu perkara menerusi IG Story miliknya.
Kim Seri atau nama sebenarnya Seri Azlina ini kongsikan satu rakaman dia sedang berhibur dan menyanyi sambil meletakkan caption yang mengatakan bahawa itu adalah wajahnya sebelum mendapatkan sebarang rawatan.
Artikel berkaitan : Polis Johor Buka 8 Kes Siasatan, Bekas Suami Kim Seri Ditahan Dan Didakwa Terima Bayaran Mangsa
Artikel berkaitan : “Saya tak mahu londeh aib” – Kim Seri Beri Respon Susulan Bekas Suami Didakwa Ditahan Atas Kes Melibatkan Dirinya
Manakala dalam story selepasnya dia menunjukkan raut wajahnya yang dilihat sedikit berubah dan menurutnya ia adalah 14 hari selepas tempoh ‘rawatan’ itu dilakukan. Kim Seri juga turut menjelaskan yang biarpun masih belum pulih sepenuhnya, dia sudah mula suka melihat perubahan tersebut.
Bahkan, Kim Seri juga ada mempromosikan ‘tempat’ untuk membuat rawatan dan pembedahan wajah. Hurm berseri-seri muka dia kan?
Sumber : Instagram