Perniagaan di China ini telah mendapat perhatian ramai apabila ia menawarkan perkhidmatan melupuskan gambar perkahwinan kepada pelanggannya.
Memetik laporan Oddity Central, perkhidmatan itu ditawarkan kerana di China, selalunya pasangan yang berkahwin akan mengabadikan gambar pernikahan mereka pada kanvas akrilik yang tahan lama.
Kanvas akrilik itu juga selalunya keras dan kalis api, jadi kalau pasangan yang bercerai memutuskan untuk bakar pun ia tak akan rosak.
Manakala, kalau gambar dibuang ke tong sampah pula, ia boleh memalukan pasangan yang bercerai itu kerana takut dikenali oleh orang lain.
Oleh sebab itulah, syarikat tersebut menawarkan perkhidmatan melupuskan gambar kahwin itu dengan cara memasukkannya ke dalam sebuah mesin yang kemudiaannya mampu mencarik kanvas akrilik berkenaan.
Artikel Berkaitan: Nabila Razali Selamat Disatukan Dengan Lelaki Pilihan, Nik Iruwan
Artikel Berkaitan: “Sampai tak nampak pengantin” – Viral Pasangan Pengantin Di Madura Terima Kalungan Duit
Difahamkan juga, kanvas akrilik itu sebelum itu akan dicat terlebih dahulu agar privasi pasangan yang ada dalam gambar itu terjaga sebelum dimasukkan ke dalam mesin khas untuk mencarik kanvas berkenaan.
Syarikat yang menawarkan perkhidmatan itu juga mahu membantu pelanggan mereka untuk move on dan memulakan hidup baru selepas berpisah dengan pasangan mereka.
Walaupun kedengaran macam pelik, namun pemilik perniagaan ini mendedahkan bahawa mereka telah mendapat tempahan dari ramai pelanggan dari seluruh wilayah di China.
Sumber: Oddity Central