in

“Tau2 drop lagu” – Berduet Dengan Syasya, Lagu Raya Fazura Raih Perhatian Netizen

lagu raya fazura

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pelakon dan juga penyanyi terkenal, Nur Fazura memberi kejutan kepada peminat apabila melancarkan lagu raya pertamanya berjudul Raya Pum Pang.

Apa yang lebih menarik, debut kali ini turut menampilkan bekas kumpulan Dolla, Syasya Rizal sekali gus menjadikannya satu kolaborasi yang tidak dijangka orang ramai.


Berkongsi mengenai lagu raya tersebut dalam satu hantaran di Instagram, Fazura tampil meluahkan rasa gembira dapat bekerjasama dengan Syasya untuk projek ini.

Artikel berkaitan: “Cantiknya dia!” – Fazura Muat Naik ‘Cover’ Lagu Adele Tarik Perhatian Netizen

Artikel berkaitan: “Kalau kita berduet bakat awak akan terserlah” – Aliff Syukri Puji Nyanyian Fazura

“Strim Raya Pum Pang sekarang di semua digital streaming platforms darling.

“What a remarkably swift and fun experience bekerjasama dengan Syasya Rizal untuk lagu ini. Hope you guys will enjoy and have fun with Raya Pum Pang,” katanya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Nur Fazura (@missfazura)

“Dalam diam dah ada lagu raya”

Perkongsian itu memberi keterujaan buat para peminat yang tidak menjangka pelakon filem Manisnya Cinta Di Cappadocia akan mengeluarkan lagu raya.

Screenshot 2025 03 07 140556 Screenshot 2025 03 07 140622

Malah, lagu raya ini juga menandakan ‘comeback’ Syasya Rizal ke industri muzik selepas keluar daripada kumpulan Dolla pada tahun lepas.

Wah, macam ramai yang suka lagu ni! Agaknya boleh jadi lagu raya trending untuk tahun ni tak?

Sumber: Instagram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.