in

Taste & Trade 360 : 15 Negara, Rahsia Masakan & Peralatan F&B Menanti Anda

Ft Taste And Trade 360

Memiliki atau memulakan perniagaan kafe, restoran dan seangkatan dengannya pastinya menjadi impian ramai. Tidak kiralah korang nak bermula secara kecil-kecilan atau hanya dalam peringkat perancangan, korang perlu rajin survey bagi memastikan korang tidak terperangkap dan akhirnya rugi di kemudian hari.

Kalau korang ada perancangan sebegitu, apa kata korang pergi ke ekspo Taste & Trade 360 yang mana ia merupakan pameran yang khusus bagi memenuhi keperluan F&B dan Permulaan Hospitaliti.

Daripada inovasi terkini industri F&B, perkongsian daripada pemain industri, pelancaran produk baharu, tawaran menarik dan pelbagai lagi perkembangan mengenai F&B. Jadi 200 pendaftar paling awal dan terima HADIAH PERCUMA. Daftar di sini.

Unnamed 36

Bakal diadakan di MITEC, Kuala Lumpur, Taste & Trade 360 (TT360) ini sangat sesuai untuk korang yang nak berjinak dalam industri F&B dan boleh dijadikan ‘ultimate guide’ untuk pemula.

Ini antara highlights untuk ekspo tersebut :

1. Lebih 1000 Barangan Bakal Dipamerkan

Untuk edisi pertama ini, lebih 90 pempamer merangkumi 200 jenama daripada 15 negara bakal mengambil bahagian dan dijangka akan ada lebih daripada 1000 barangan pelbagai jenama akan dipamerkan.

Unnamed 34

Antara yang bakal menjadi tumpuan pastinya barangan kelengkapan dapur seperti  Modelux, Costimo, Unox, Convotherm, Kitchen Arena. Selain itu korang juga boleh ‘cuci mata’ untuk mendapatkan kelengkapan F&B daripada CABE, Signature Kitchen, MSM Kitchen, CHEFONIC dan sebagainya.

2. Perkongsian Perniagaan & Panel Jemputan

Dalam dunia perniagaan, jaringan atau networking adalah sangat penting yang mana korang boleh mendapatkan nasihat serta tip daripada mereka yang pakar dalam industri kerana TT360 mensasarkan kehadiran lebih daripada 20,000 pengunjung pelbagai latar belakang yang berkongsi minat yang sama iaitu F&B.

Unnamed 33

Selain itu, pengunjung boleh sertai sesi perkongsian oleh pakar industri sepanjang ekspo berlangsung bermula 9-11 Oktober 2024 ini, akan ada 3 sesi perkongsian setiap hari dan semua pengunjung boleh turut serta secara PERCUMA.

Unnamed 32

3. Pelancaran Eksklusif & Demo Masakan! 

Selain pameran sekitar 1,000 barangan, ada berapa jenama akan membuat pelancaran rasmi sepanjang Ekspo Taste & Trade berlangsung.

Unnamed 31

Antaranya, COSTIMO, jenama daripada Korea yang bakal melancarkan pelbagai model oven dan juga X-Miles Charging Pod untuk kenderaan EV (BYD Seal, BMW, Tesla). Akan ada juga bahagian khas untuk pameran pelbagai model kenderaan selain ada palbagai tawaran eksklusif sempena pelancaran produk.

4. Tawaran Harga Istimewa

Sekiranya korang mencari kelengkapan idaman, mungkin jenama yang korang cari tu ada tawaran menarik daripada pelbagai jenama termasuk MDX, Frezmac, UNOX, Modelux, and COSTIMO.

Apa yang pasti, ada potongan sekiranya buat pembelian pukal, sampel makanan percuma, jualan murah, ganjaran ‘loyalty’ dan pastinya tawaran harga eksklusif sempena ekspo Taste & Trade 360.

Unnamed 30

Selain daripada yang disebutkan tadi, ada juga banyak demo masakan yang akan diadakan, jadi korang boleh tengok macam mana pelbagai teknologi terkini industri F&B yang bakal meningkatkan perniagaan korang.

Jadi jangan lepaskan peluang, tandakan kalendar untuk ekspo Taste & Trade 360 seperti beritkut :

Tempat : MITEC, Kuala Lumpur

Tarikh : 9-11 Oktober 2024

Masa : 10 pagi – 6 petang

Masuk adalah PERCUMA. Pendaftaran boleh dilakukan di kaunter pendaftaran di MITEC atau korang boleh daftar secara ONLINE. 

Sekali lagi kitorang ingatkan, jadilah 200 pendaftar paling awal sebab korang akan menerima HADIAH PERCUMA. Daftar di sini.