Baru-baru ini, satu video rseorang lelaki terjun di Tasik Cermin, Ipoh tular selepas rakaman tersebut dikongsikan di TikTok.
Video berdurasi 15 saat yang telah mendapat tontonan lebih 1 juta tersebut menunjukkan seorang lelaki berbaju hitam memanjat selusur sebelum terjun ke dalam tasik.
https://www.tiktok.com/@iamsyafiruz/video/7040117316859809051?referer_url=https%3A%2F%2Fwww.therakyatpost.com%2F&referer_video_id=7040117316859809051&refer=embed&is_copy_url=1&is_from_webapp=v1
Video kedua yang dikongsikan oleh pengguna TikTok ini menunjukkan baju lelaki yang melakukan terjunan tersebut dilihat basah menandakan dia melakukan terjunan tersebut beberapa kali.
Pengguna TikTok yang memuat naik video ini juga turut menjelaskan lelaki tersebut bukan merupakan rakyat Malaysia dan merupakan pelancong asing berbangsa Arab. Ah sudahhh
https://www.tiktok.com/@iamsyafiruz/video/7040676109465177371?referer_url=https%3A%2F%2Fwww.therakyatpost.com%2F&referer_video_id=7040117316859809051&refer=embed&is_copy_url=1&is_from_webapp=v1
Di ruangan komen, kebanyakan netizen yang melihat video ini telah meluahkan rasa tak puas hati mereka dengan tindakan lelaki tersebut kerana ia boleh menyebabkan tasik tersebut ditutup kepada pengunjung.
Tasik Cermin ditutup sementara
Menerusi Harian Metro, Datuk Bandar Ipoh, Datuk Rumaizi Baharin menjelaskan, Tasik Cermin telah disenaraikan sebagai salah satu daripada 18 khazanah Geotapak yang perlu dipelihara dan tak boleh diperlakukan sewenang-wenangnya.
Bukan pasal saja-saja kita tidak bagi (terjun), namun kerana kita perlu pelihara Tasik Cermin yang mana jika tidak, nanti statusnya sebagai Geotapak akan kena tarik.”
Bukan itu sahaja, ekoran tindakan lelaki tersebut Tasik Cermin kini ditutup sementara dan pihak berkuasa kini sedang mengesan lelaki dalam video tersebut untuk tindakan lanjut.
Disebabkan itu (buat sementara) ia masih ditutup. Masyarakat harus sedar bahawa ini antara sumber alam yang kita kena jaga untuk generasi depan.”
Alahai, ini masalahnya bila orang selalu sangat salah guna benda yang best macam ni.
Baca: Terlalu Sesak Dengan Pengunjung, Ramai Kecewa ‘Spot’ Viral Lihat Kapal Terbang Kini Ditutup