in

“Tapak tangan berlumpur” – Pelakon Kongsi Detik Seram Tersesat Ketika Ke ‘Homestay’ Di Jenjarom

Hati Hati Sesat Di Jenjarom

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sudah acapkali kita dengar mengenai kisah seram melibatkan individu yang menggunakan aplikasi Waze di tengah malam dan menuju ke kawasan yang tidak pernah mereka pergi sebelum ini.

Terbaru, seorang pelakon, Airil Hafiz telah berkongsi pengalaman seramnya apabila dikatakan tersesat ketika mencari sebuah homestay di Jenjarom, Selangor.


“Waze telah menunjukkan arah jalan masuk ke hutan dan ladang sawit” 

Menerusi perkongsiannya di TikTok, dia memberitahu bahawa kejadian itu berlaku pada 2 hari lepas dan dia telah menerima satu job shooting di kawasan Jenjarom.

Oleh sebab itu, pihak produksi telah menyediakan homestay untuk ditempatinya untuk shooting di sana dan dia telah bergerak menuju ke Jenjarom dari Sungai Buloh pada jam 10.30 malam sebaik selesai shooting. 

1

Namun sebaik tiba di Jenjarom, Waze telah menunjukkan arah jalan masuk ke hutan dan ladang kelapa sawit. Tanpa berfikir panjang, Airil telah mengikuti arah Waze tersebut walaupun keadaan hutan di situ agak gelap.

Menurutnya lagi, aplikasi penunjuk arah itu juga telah membawanya masuk ke tengah hutan dan jalan tar juga telah bertukar menjadi jalan tanah yang bersemak dan berlopak.

Namun sehinggalah dia tiba di lokasi yang dikongsikan oleh pengurus produksinya sebelum itu, barulah dia tersedar kawasan itu tidak mempunyai sebarang rumah mahupun homestay di situ.

3

4

“Akhirnya saya give up dan berhentikan kereta di tengah-tengah hutan itu” 

Tambah Airil lagi, dia kemudian menjadi panik dan terus ingin berpatah balik mencari jalan keluar yang dia masuk tadi, namun pada ketika itu line telefonnya tiada dan dia tidak boleh menghubungi sesiapa.

Disebabkan hal tersebut, dia tidak menjumpai jalan keluar dan tersesat di hutan itu sehingga jam 12 malam. Dia juga berhenti melihat Waze kerana ia membawa jalan ke arah tebing sungai.

Give Up

Airil kemudian berehat seketika dan mulutnya tidak henti berselawat serta membaca surah-surah yang diingati untuk menenangkan keadaan.

Kemudian dalam keadaan gelap gelita saya ternampak sejalur cahaya yang kecil dan agak jauh melintasi pada pandangan mata saya. 

“Saya terus mengejar cahaya itu walaupun jaraknya agak jauh. Setelah jauh saya mengejar saya dapati cahaya itu semakin jauh dan seakan-akan membawa saya ke sesuatu tempat,” katanya.

Dia akhirnya berjaya keluar dari hutan tersebut dan menjumpai jalan raya dengan beberapa kenderaan lalu lalang walaupun situasi di situ gelap.

Mujurlah juga dia berjaya menghubungi production manager dan meminta mereka mengambilnya di tempat berkenaan untuk ke homestay.

“Saya terkejut melihat keadaan kereta yang saya pandu semalam” 

Airil memberitahu pada keesokan paginya, dia terkejut melihat keadaan kereta yang dipandu semalam apabila kelihatan banyak kesan tapak tangan berlumpur pada bahagian tepi dan belakang kereta.

Alamak tapak tangan banyak pulak tu, panjang-panjang jarinya… 

Tapak Tangan

Perkongsian berkenaan telah menerima pelbagai respon netizen yang berharap pengguna Waze lebih berhati-hati menggunakan aplikasi itu dan menukar setting navigasi untuk tidak memilih unpaved road supaya tidak melalui jalan-jalan yang pelik.

Dalam pada itu, ada juga membuat spekulasi mengatakan kemungkinan besar kereta pelakon itu telah ditolak keluar oleh ‘sesuatu’.

Komen Komen Korang

Apa-apapun berhati-hatilah kalau travel pada waktu malam. Mujurlah tak ada apa-apa yang tak diingini berlaku. 

Baca: Individu Kongsi Pengalaman Seram Ketika Pergi Ke 5 Tempat Paling ‘Berhantu’ Di Malaysia

Syeram

Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.