Sebelum masuk ke alam perkahwinan, kebanyakan pasangan memilih untuk bertunang dahulu sebagai simbol ikatan menandakan yang tuan empunya badan sudah berpunya. Bercerita mengenai kemanisan hari pertunangan, pasti akan ada detik mencabar atau situasi tak diingini perlu dilalui oleh setiap wanita. Kena sentiasa ada backup plan ni!
Begitu juga dengan Amendha, 27, yang agak kecewa dengan apa yang berlaku pada majlis pertunangannya. Menurutnya yang senang disapa Mendha, dia telah membuat persiapan rapi untuk majlis pertunangan bersama pasangan, Arif Aiman, 22, pada 29 Mei lalu di Taman Selasih, Kulim, Kedah.
@amendha12 Bertunang, menikah, bersanding semua orang nak sekali jer seumur hidup, so please untuk semua yang terlibat buat lah keje sebaik mungkin, kalau tak boleh buat cakap jer tak boleh jangan buat naya dekat orang tau? #bakalpengantin2022 #hennaart
Inai dipakai merekah, tanggal tak sampai 2 jam

Dalam satu video yang dimuat naik oleh gadis ini di TikToknya @amendha12, henna berwarna putih yang diukir pada kedua-dua belah tangannya mula merekah dan tertanggal, kurang dari 2 jam selepas dilukis. Mungkin inai tiruan tu!
Pelukis inai tak nak layan, terpaksa guna inai celup
https://www.tiktok.com/@amendha12/video/7103340282871106842?_t=8TAjfd9hHNK&_r=1
Panik melihatnya, Mendha sempat menelefon pelukis inai namun mendakwa wanita tersebut memutuskan talian sehingga menyebabkan dirinya buntu. Malah, wanita ini mendakwa nombor telefonnya disekat oleh pelukis henna tersebut sejurus bayaran penuh dibuat olehnya.
Menurutnya lagi, pelukis mendakwa henna yang dipakainya boleh tahan sampai 8 jam tapi setelah 2 jam, henna terbabit rosak, merekah lalu tertanggal. Mendha terpaksa tanggal semua inai dan gunakan inai celup sebagai pengganti.
Berikutan insiden itu, Mendha mengakui berasa terkilan dengan layanan dan perkhidmatan yang diterima. Gadis ini turut menasihati orang ramai untuk cuba tengok hasil kerja sebelum tempah pelukis inai.
Nampaknya ramai yang kena hati-hati sebelum pilih pelukis inai ni! Takut rosak majlis nanti!
Baca: “Kau tanggunglah dosa” – [VIDEO] Wanita Berang Ditipu Penjual Dapat Inai Tak Mesra Wuduk”

