Satu video daripada TikTok @plazashahalam kini sedang menjadi tumpuan netizen berhubung dengan aktiviti yang sedang giat dijalankan anjuran pusat membeli belah tersebut.
Ikon Wanita Melayu 2022 anjuran Plaza Shah Alam
Difahamkan, Plaza Shah Alam kini sedang menjalankan ujibakat Pencarian Wanita Melayu 2022. Menurut laman rasmi Plaza Shah Alam, acara itu adalah untuk mencari wakil wanita Melayu yang masih mengamalkan gaya hidup penuh budaya dalam gelombang modenisasi.
Antara ciri-ciri yang diinginkan untuk merebut kelaran IKON WANITA MELAYU adalah kredibiliti berkomunikasi, sahsiah diri, pengalaman meluas dalam banyak bidang selain berpenampilan menyenangkan.
Difahamkan tahun ini merupakan musim ke-7 program tersebut. Dalam ujibakat, peserta akan melalui 4 saringan iaitu, pengenalan diri, sesi catwalk / peragaan, sesi soal jawab bersama juri dan persembahan bakat (talent show).
Oleh itu, akaun TikTok tersebut kini aktif menunjukkan bakat-bakat yang ditonjolkan oleh para peserta tetapi ada satu video yang raih perhatian sehingga mendapat 637K jumlah tontonan dalam masa sehari.
Tang mana melayunya – Netizen
Dalam video berdurasi 15 saat, dilihat ada peserta melakukan tarian ala-ala Acro dance, aksinya melentur badan ke belakang (back bend) sambil memakai kasut tumit tinggi berwarna merah sebelum melakukan back flip.
Dia kemudiannya sambung menari sebelum video berakhir. Oleh itu, menjengah ke ruangan komen, ia mengundang pertikaian netizen dengan mempersoalkan dimana adat kemelayuan. Dalam pada itu, ada juga netizen yang kagum melihat aksinya.
Mungkin ada cerita disebalik video ini yang kita tak tahu, mudah-mudahan pihak penganjur atau pihak-pihak tertentu dapat tampil memberikan keterangan hal sebenar disebalik rakaman ini bagi mengelakkan salah anggap.