in

Tanah Runtuh Batang Kali: Anggota APM Kongsi Kisah Sedih, Ada Ibu Minta Selamatkan Anak Tapi…

Tanah runtuh batang kali APM

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sukar bagi Mohd Firdaus Abd Samad mempercayai laporan awal mengenai hampir 100 mangsa terbabit dalam insiden tanah runtuh di tapak perkhemahan Father’s Organic Farm, Gohtong Jaya pada Jumaat lalu.

81671311187 freesize

Pengawai Angkatan Pertahanan Awam (APM) Daerah Hulu Selangor itu berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai insiden tu sekitar jam 2.30 pagi, lapor Astro Awani.


“Jumaat lepas, saya bertugas di Pusat Kawalan Operasi Daerah Hulu Selangor. Selepas terima panggilan laporan awal insiden, saya terus hubungi balai bomba nak buat pengesahan sebab tak percaya mangsa yang terlibat ramai sangat sampai cecah 100 orang,” katanya.

Dengar orang menjerit minta tolong dari serata arah

Jelas Mohd Firdaus lagi, sebaik pengesahan diterima, dia dan pasukan segera ke lokasi. Dia sempat menggambarkan bagaimana suasana ketika itu di lokasi sangat hiruk-pikuk dan menyedihkan.

“Kami dengar suara jeritan minta bantuan dari serata arah. Masa SAR mula, saya nampak sendiri beberapa orang mangsa keluar sendiri dari lokasi runtuhan ke tempat selamat. Ada yang nyalakan lampu suluh sebagai isyarat meminta bantuan.”

bhtanah161 1671187584

Lokasi kejadian selepas insiden tanah runtuh berkenaan berlaku disifatkan berselut sehingga mencecah paras lutut. Selain itu, keadaan tanah yang licin menyukarkan pergerakan pasukan keselamatan untuk memberi bantuan kepada mangsa.

Tidak cukup dengan itu, mereka juga harus berjaga-jaga kerana bimbang kemungkinan berlaku siri runtuhan lagi.

Ada ibu minta selamatkan anak dulu tapi…

41671319329 TragediBatangKali

Kata Mohd Firdaus, satu kejadian yang paling menyedihkan bagi dirinya adalah mengenai seorang mangsa lelaki yang memberitahu pasukan penyelamat mengenai isteri dan anaknya yang berada dalam kereta ketika runtuhan berlaku.

“Si suami menjerit beritahu pasangannya terus tekan hon kerana supaya mudah untuk kami kesan kedudukannya. Dalam timbunan tanah dan kereta yang berselerak, kami terus ikut arah hon kereta mangsa dan memang jumpa mereka masih di dalam kereta.

Si isteri dalam keadaan lemah masa kami tiba dan dia minta kami selamatkan anaknya dahulu. Saya terus peluk anaknya lepas dah dapat capai tapi terdetik dalam fikiran yang anak itu sebenarnya dah meninggal dunia. Jelas anak itu pucat, sejuk dan tidak lagi bernadi,” katanya.

Untuk rekod, pada Jumaat lalu, satu kejadian tanah runtuh dilaporkan berlaku di Jalan Batang Kali-Gohtong Jaya, Hulu Selangor. Lebih 20 mangsa disahkan terkorban akibat insiden berkenaan.

Sumber: Astro Awani

Baca: Tragedi Tanah Runtuh Batang Kali: Rupanya Syarikat Kendali Tapak Khemah Tiada Lesen

page 1 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.