in

Tampil Bertopeng, Faisal Halim Buat Kemunculan Ketika Sesi Panaskan Badan Pasukan

Faisal Halim

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pemain bola sepak Selangor FC, Faisal Halim yang menjadi mangsa simbahan asid oleh individu yang tidak dikenali nampaknya kini sudah semakin sembuh kerana pemain berusia 26 tahun itu telah membuat kemunculan ketika perlawanan Selangor menentang Terengganu di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), malam tadi.

Faisal atau lebih dikenali dengan nama Mickey telah tampil bertopeng kerana difahamkan, topeng tersebut dipercayai dipakai untuk melindungi bekas lukanya.


Menerusi video TikTok yang dikongsikan oleh Astro Arena, Faisal telah membuat kemunculan ketika sesi pemanasan badan pasukan dan dia dilihat bersujud syukur terlebih dahulu.

@astroarena

Setelah pelbagai ujian yang datang, semangat yang di tanam tidak mudah untuk di padam! Kecil-kecil cili api? Inilah Faisal Halim! #FACup2024 #DemiLigaKita #SELTER

♬ Let’s Go – JAXSON GAMBLE

Artikel berkaitan: Faisal Halim Menitis Air Mata, Dedah Tak Dapat Peluk Anak Walaupun Dah Keluar Wad

Artikel berkaitan: “Tubuh kecil, jiwa besar” – Faisal Halim Makin Ceria, Peminat Syukur Nampak Perubahan

1 1

Difahamkan, buat masa ini, pemain sayap Selangor FC itu disenaraikan dalam senarai pemain simpanan pasukan Selangor.

Sumber: X @ASTROARENA, X @fnasrom

Sumber: X @fnasrom

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.