in

Tambang Bas Sekolah Dijangka Meningkat Tahun 2023

tambang bas sekolah 2023

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Ada berita ‘kurang enak’ buat ibu bapa menjelang tahun baru 2023 nanti yang melibatkan tambang bas sekolah yang dijangka meningkat pada Januari nanti disebabkan beberapa faktor menurut badan persatuan bas sekolah.

Perkara tersebut diberitahu oleh Presiden Persekutuan Persatuan Bas Sekolah Malaysia, Amali Munif Rahmat yang memetik harga alat ganti yang meningkat, kenaikan gaji pemandu serta persaingan daripada pengusaha tidak berlesen antara sebab utama kenaikan tersebut.


Sehubungan itu, Setiausaha Kumpulan Bertindak Ibu Bapa bagi Pendidikan (PAGE), Tunku Munawirah Putra memaklumkan bahawa kerajaan perlu menyediakan subsidi bagi tambang bas bagi meringankan beban keluarga terutamanya golongan B40 yang mempunyai anak bersekolah.

902725681 f847a3feac b

Menurut Amali, pihak pengusaha bas sekolah terjejas teruk apabila sekolah ditutup untuk tempoh yang lama ekoran wabak Covid-19, menyebabkan ramai antara mereka gulung tikar selain ramai pemandu telah dibuang kerja.

Tambahnya lagi, situasi sekarang menyebabkan mereka sukar mencari pemandu sekiranya tidak menawarkan gaji yang lumayan dan ketika ini, gaji RM2,000 sebulan tidak menarik kerana pemandu boleh memperoleh jumlah yang sama untuk kerja yang kurang tekanan.

Selain itu, difahamkan persatuan berkenaan hanya tinggal kira-kira 8,000 orang pengusaha berbanding sebelumnya iaitu 16,000.

“Selain kenaikan kos operasi, bas sekolah berlesen berdepan cabaran daripada pengusaha haram yang menawarkan pekhidmatan lebih murah”

Amali berkata, pemandu bas sekarang ini lebih gemar memandu koc ekspres dan lori kerana bayaran di sana lebih lumayan selain tekanan kerja yang kurang. Selain itu, faktor lain adalah mereka tidak boleh cuti sakit kerana ia akan mengganggu persekolahan murid.

Mengenai kenaikan tambang tersebut, Amali berkata, pihaknya telah mengeluarkan garis panduan mengenai kadar bulanan mengikut perkhidmatan yang disediakan dan jarak serta beberapa faktor lain.

hm133bas 1613975994

Difahamkan, tambang bagi bas sekolah boleh menjadi antara RM50 hingga RM1,000 sebulan kerana ada segelintir ibu bapa yang mahukan bas yang sangat selesa selain ia boleh dikesan dengan sistem GPS.

Walaupun isu tambang bas sekolah yang lebih mahal ini sering dibangkitkan, menurut Tunku Munawirah, ia tidak menemui jalan penyelesaian. Jadi, pihaknya menggesa supaya kerajaan campur tangan.

Dalam masa yang sama, Presiden Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (Fomca), N Marimuthu berkata, isu ini perlu diselesaikan sebelum penggal persekolahan bermula kerana ada antara keluarga perlu membayar tambang bas sekolah sehingga RM500 untuk anak-anak.

Secara khususnya, keluarga B40 dilihat amat memerlukan sokongan daripada kerajaan selain subsidi yang bakal diberikan ini turut memberikan manfaat kepada pengusaha dan juga pemandu bas sekolah yang terjejas teruk kerana wabak.

Baca : 19 Mac & 20 Mac Tarikh Pembukaan Sekolah Bagi Sesi 2023/2024 – KPM

sesi sekolah 20232024

Sumber: Flickr

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.