Puting beliung boleh terjadi di mana sahaja dan jika sesebuah kawasan itu dilanda bencana itu banyak kerosakan yang boleh berlaku terutamanya kepada binaan, malah ia juga boleh mengorbankan nyawa.
Terbaru, penduduk di Taman Rembau Utama, Rembau, Negeri Sembilan, melaungkan Allahuakbar dan azan saat melihat puting beliung melanda kawasan perumahan tersebut kira-kira pukul 7 malam tadi.
Artikel berkaitan: “Ada puting beliung kecil!” – Wanita Sempat Kongsi Detik Cemas Dilanda Angin Lintang Ketika Memandu
Artikel berkaitan: Belanjawan 2025: RM 600 Juta Disediakan Untuk Pengurusan Bencana
Kejadian ribut petang tadi di Taman Rembau Utama.
Semoga dipermudahkam segala urusan. Harap tak ada yang cedera. pic.twitter.com/tvjrMaee89
— Hobin Jang Hobin (@HobinJangHobin_) February 25, 2025
Menurut laporan Kosmo!, salah seorang penduduk di situ, Mohamad Azraf Hakimin Azizan, 26, berkongsi dia melihat angin berpusing tersebut ‘mencabut’ atap dan pokok di beberapa rumah jiran.
Katanya, dia yang berasa seram melihat angin tersebut betul-betul di hadapan mata terus melaungkan takbir.
“Ayah pula, Azizan Mat Ali, 48, melaungkan azan. Sebelum lorong rumah kami ini dilanda puting beliung, taman di lorong berlainan juga sudah dilanda ribut kira-kira pukul 6 petang.
Lepas sejam di lorong kami lebih, lorong lain pula kena dan dalam kejadian ini selain atap rumah, sebuah kereta jenis Honda juga rosak ditimpa palang kayu atap rumah yang diterbangkan puting beliung,” katanya.
Difahamkan, tiada kemalangan jiwa berlaku namun terdapat beberapa kerosakan harta benda seperti kereta serta bumbung rumah.
Sumber: Kosmo!