in

“Takyah semak lah!” – Didakwa Tak Bayar Sewa PPR RM124, Wanita Bertekak Dengan Penguatkuasa

Syaz Ft 2024 06 13T114656.999

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Projek Perumahan Rakyat (PPR) merupakan satu program kerajaan untuk penempatan semula setinggan bagi yang berkelayakan serta memenuhi keperluan tempat kediaman bagi golongan berpendapatan rendah (B40).

Kadar sewa bagi PPR ialah RM124 sebulan tidak termasuk kos penyelenggaraan dan ianya boleh dimiliki dengan harga RM40,000 seunit.


Artikel berkaitan: Pekerja Pelantar Minyak Didenda Sebab Menipu Gaji Untuk Mohon Bantuan PPRT

Artikel berkaitan: Bakal Penduduk PPR Perlu Hadiri Kursus Kesedaran Sivik Sebelum Ambil Kunci Rumah – Menteri KPKT

Pun begitu, baru-baru ini tular satu video di mana seorang wanita ‘naik angin’ apabila didatangi oleh penguatkuasa kerana didakwa gagal membayar sewa rumah PPR yang didiaminya itu.

Dalam video yang tular di aplikasi X itu, wanita berkenaan dilihat tidak mahu mendengar penjelasan dua orang penguatkuasa itu sebaliknya membandingkan kesnya dengan lambakan warga asing di ibu kota.

“Tak payah ‘semak’ la. Dah tu datang sini buat apa? Saya tengah susah, suami saya sakit, itu pun tak boleh faham ke,” katanya.

Setakat artikel ini ditulis, masih belum ada kenyataan daripada pihak penguatkuasa berkenaan video tular itu serta respon daripada wanita tersebut.

Sumber: X

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.