Ketika ini, sudah ramai memanfaatkan teknologi kecerdasan buatan (AI) untuk memudahkan urusan seharian yang mana jauh lebih pantas dan efisien.
Namun, sejak belakangan ini semakin banyak dipaparkan kesan negatif apabila teknologi AI ini digunakan tanpa batasan.
Personaliti media sosial yang juga usahawan, Khairul Aming mendedahkan ada pihak memanipulasi wajah dan suaranya menggunakan teknologi AI untuk melakukan penipuan jualan.
Artikel berkaitan: “Benda ni dah meracuni pemikiran anak muda” – Ini Pesanan Khairul Aming Buat ‘Content Creator’
Artikel berkaitan: “Kita ramai graphic designer berbakat” – Altimet Gesa Badan Kerajaan Henti Guna AI Dalam Poster
Perkara itu dimaklumkan menerusi satu video di akaun media sosialnya bagi mengelak orang ramai menjadi mangsa penipuan.
Tegas usahawan itu, setakat ini dia hanya menjalankan perniagaan menjual Sambal Nyet Berapi dan Dendeng Nyet sahaja.
“Hari tu bermula dengan photoshop. Now sampai suara aku pun jadi AI sekarang. Imagine berapa banyak benda boleh jadi fitnah nanti,” katanya.
@khairulaming Fitnah dah makin berleluasa. Please tolong report scammer yang salah guna muka dan suara orang untuk menipu orang ramai. KA tak jual barang2 selain dari Sambal Nyet dan Dendeng Nyet sahaja
Muka diguna untuk macam-macam benda
Mengulas lanjut, Khairul Aming berkata suara dan wajahnya yang digunakan scammer dalam satu video iklan jualan periuk itu bukan miliknya sebaliknya ia olahan menggunakan teknologi AI.
“Suara yang anda dengar tadi yang anda tengok tadi bukan suara Khairul Aming. Itulah AI yang scammer salah guna untuk tipu orang ramai.
“Ada yang jual periuk, ada yang jual Apple Watch, jual blender, macam-macamlah, macam-macam muka. Muka saya sudah diguna untuk macam-macam benda, sudah di luar kawalan,” katanya dengan nada kecewa.
Justeru, dia menggesa orang ramai supaya berhati-hati dan tidak menjadi mangsa tipu daya hasil daripada penularan penggunaan AI yang kini semakin disalah guna oleh pihak tidak bertanggungjawab.
Sumber: TikTok