in

“Takkan buang kasut lama” – Tular Video Pakai Kasut Dikecam ‘Fake’, Arman Dapat Kasut Baru

Syaz Ft 2024 10 14T173731.074

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru-baru ini, tular sebuah video di mana seorang kanak-kanak lelaki dikecam kerana memakai kasut berjenama copy ori atau palsu.

Kanak-kanak yang dikenali sebagai Arman itu mendapat perhatian netizen apabila menjadi mangsa buli siber hanya kerana kasut yang dipakai itu palsu, malah video tersebut tular sehinggakan mendapat perhatian stesen radio tempatan, Era.


Artikel berkaitan: “Kena hormat majlis” – Juru Gambar Beri Peringatan Kepada Lelaki Untuk Datang Kenduri Berkasut

Artikel berkaitan: “Ironman buka kasut, Wolverine bagi salam” –  Babak Majlis Tahlil Dalam Komik Marvel Raih Perhatian Ramai

Era FM dengan penyampai mereka Azad Jasmin, Radin dan Nabil Ahmad membuat kejutan untuk adik Arman dengan membelanja kanak-kanak itu kasut berjenama baru.

@era.je

Arman ingat tau nak lari guna kasut ni boleh, tapi jangan sampai lari rumah pulak. Lepastu bila dah dapat kasut baru tu, kasut lama yang awak dapat hadiah dari ibu tu simpan tau, hargai pemberian dari ibu awak. 😭 Kalau tak pun awak ikut macam uncle Nabil dengan Uncle Pak Azad cakap, sebelah guna yang mak bagi tu, sebelah lagi guna yang baru.😂 #sharERA #3PAGIERA #ERARadioNo1PalingLegit #fyp

♬ original sound – ERA – ERA

Dalam perkongsian di TikTok @era.je itu, kanak-kanak berkenaan dilihat begitu teruja menerima hadiah daripada pihak radio Era dan berkata dia tidak akan membuang kasut pemberian ibunya itu meskipun ia bukan kasut original.

Selain itu, ibu bapa kanak-kanak itu juga turut menerima sepasang kasut baru dari pihak radio Era.

Sebelum ini, Arman dalam satu video di TikTok menunjukkan kasut yang dihadiahkan oleh ibunya itu namun, ada individu tidak bertanggungjawab mendesak Arman mendedahkan harga sebenar kasut itu.

Janganlah buli orang macam tu ok?

Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.