Kalau sebelum ini, Hafiz Mahamad telah menerima pelbagai kecaman dan teguran daripada netizen dan juga ahli agama berkenaan isu berhimpit di depan Kaabah untuk mencium hajar aswad.
Namun semalam, pengarah dan pelakon, Erma Fatima telah tampil mempertahankan pempengaruh tersebut dalam satu posting di Instagram.
Artikel berkaitan: “Bukan saya nak jadi hero…” – Dikritik Sebab Berebut Cium Hajar Aswad, Hafiz Mahamad Mohon Maaf
Artikel berkaitan: “Tinggalkanlah ‘trend’ merugikan” – Muat Naik Video Berebut Cium Hajar Aswad, Dr Zulkifli Tegur Hafiz Mahamad
“Tak usaha macam tu memang takkan dapatlah”
Menurut Erma, perbuatan Hafiz tempoh hari adalah hakikat yang harus dilalui bagi mereka yang ingin mencium hajar aswad.
Baginya, Hafiz tidak berniat pun untuk membuat content berkaitan hal tersebut kerana menerusi pengalamannya, dia juga sanggup meredah cabaran yang dihadapi demi nak membantu rakan-rakan lain mencium hajar aswad.
Tak usaha macam tu memang takkan dapatlah. Aku percaya dia tak berniat untuk content kerana aku pun pernah lalui situasi itu.
“Aku sanggup redah semata-mata nak bagi kawan-kawan yang tak pernah dapat cium hajar aswad.
“Memang bukan sesuatu yang WAJIB tetapi nikmatnya bila dapat cium adalah apa yang siapa saja yang pergi nak rasa. CUMA tahap kesanggupan untuk redah tu bergantung pada diri masing-masing,” katanya.
View this post on Instagram
Tambahnya lagi, Allah SWT lebih mengetahui niat Hafiz dalam membantu rakan-rakannya dan orang yang berada di situ sahaja yang akan faham kenapa ia terjadi.
Walaupun dia seorang influencer… saat itu dia lakukan bukan kerana dia influencer tapi satu perjuangan. Ha ha… aku pernah buat tu dan aku panggil perjuangan itu gerak gempur.
“It’s okay Hafiz, kau berjaya memberi sahabat-sahabatmu menikmati rasa itu,” katanya lagi.
Posting dari Erma ini walau bagaimanapun tidak mendapat sokongan daripada netizen yang mana rata-rata berpendapat niat tidak menghalalkan cara.
Apa-apapun bagi admin ini sekadar pandangan Erma sahaja dan dia melihat perkara ini dari sudut yang berbeza.
Sumber: Instagram