in

“Tak turun kaki langsung!” – [VIDEO] Dari Lampu Merah Ke Hijau, Aksi Lelaki Atas Basikal Buat Ramai Kagum

Ft Basikal

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sejak Perintah Kawalan Berkurung (PKP) berkuatkuasa, sukan perseorangan seperti berjoging dan berbasikal dibenarkan mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP). Ramai juga rakyat yang menjadikan sukan berbasikal ini sebagai hobi.


Kalau korang perasan, setiap kali kita lalu dekat jalan raya pasti kita akan berselisih dengan geng-geng berbasikal kan. Sama dengan kisah kalini, dalam perkongsian @meksue_suria_, dia telah memuat naik video di akaun Tiktoknya yang menunjukkan seorang lelaki yang sedang menunggang basikal menunggu lampu isyarat.

@meksue_suria_

Reply to @milo_tabur99 start lampu merah smpai lampu hijau mmg mcm tu je dia. kita pun ehh ehh ehhh😂 #fypシ #membermereng #kamisempoi #ikhlasberkawan

♬ I’m Legit – Nicki Minaj

“Dasyatnya”

Tapi apa yang buat pemilik akaun Tiktok ini, Mek Sue untuk merakam pemuda tersebut adalah gaya dia menunggang basikalnya. Korang tengoklah! Lelaki terbabit tidak jejakkan kakinya dari basikal start lampu merah sampai lampu hijau. Macam mana dia imbangkan?.

Menurut Mek Sue lagi, selepas lampu isyarat bertukar hijau, pemuda yang lengkap dengan pakaian berbasikalnya terus pecut mengalahkan motosikal yang berada di sebelahnya. Mesti dah biasa berbasikal kan.

“Peminat sukan berbasikal mesti tahu”

Bagi yang tidak tahu, aksi imbangan yang dilakukan lelaki itu adalah imbangan track stand yang biasa dilakukan oleh penunggang basikal. Kebiasaannya aksi ini dilakukan oleh penunggang basikal semasa dalam tempoh yang singkat contohnya masa tunggu lampu isyarat.

Video ini telah mendapat lebih daripada setengah juta tontonan di Tiktok sehingga kini. Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen kagum dengan aksi lelaki terbabit dan ada juga yang sempat melawak.

Komen Beskal

Menurut Mek Sue, dia sangat kagum dengan aksi lelaki itu kerana dia tak pernah melihatnya. Dia juga meminta maaf sebab video itu terlalu pendek dan tak sempat nak rakam buat part 3.

Min yang dah lama main basikal pun tak tahu macam mana nak buat track stand sampai sekarang.

Baca: Lelaki Ini Tanam Pokok Pisang Di Tengah Jalan Gara-gara Geram Jalan Berlubang

Pokok Pisang E1631503147800

Sumber: Tiktok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.