in

“Tak tahu sampai bila…” – Lee Zii Jia ‘Gantung Raket’ Sementara

Lee Zii Jia Gantung Raket

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Dunia sukan hari ini dikejutkan dengan kenyataan pemain badminton nombor satu negara, Lee Zii Jia yang berkata dia ingin berhenti sementara dari sukan itu.

Atlet berusia 25 tahun itu, baru sahaja terkeluar daripada 10 terbaik dunia semalam dan hari ini dia mengalami satu lagi penyingkiran awal dalam pusingan pertama Terbuka Indonesia Super 1000, selepas tewas dengan atlet India, Lakshya Sen.


Dalam laporan New Straits Times, selepas berakhirnya perlawanan, atlet dari Kedah itu berkata dia ingin berehat sebentar dari badminton.

Cats 40

“Lakshya bermain dengan baik hari ini. Saya fikir buat masa sekarang saya mungkin berhenti sementara daripada badminton.

Saya tidak pasti berapa lama saya akan ambil tetapi saya saya mahu berhenti daripada badminton seketika sehingga saya kembali mendapat motivasi. Saya akan berhenti dan berehat untuk seketika,” katanya.

Dalam temu ramah itu, Zii Jia berkata dia juga tidak mahu terlalu memikirkan mengenai pusingan kelayakan ke Sukan Olimpik Paris 2024.

Dia turut berkata dia ingin berhenti sebentar bermain mana-mana kejohanan kerana setakat ini dia tidak dapat memberikan fokus seratus peratus.

Sebagai info, Zii Jia yang bergerak tanpa jurulatih sejak November tahun lalu bakal menggunakan khidmat Wong Tat Meng yang dijangka memulakan tugas pada awal Julai depan.

Baca: “Shy shy cat pulak!” – [VIDEO] Lee Zii Jia Menari ‘TikTok’, Tunaikan Janji Menang Thailand Open

Untitled Design 2022 05 23T105207.788

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.