in

“Tak tahu ada SOP” – Azfarheri Minta Maaf Isu Kacang MAS, Beri Kerjasama Penuh Untuk Siasatan

Azfarheri Buat Penjelasan Kacang Mas

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sejak seminggu ini, hangat diperkatakan mengenai isu seorang influencer telah menerima sebungkus kacang masin keluaran Malaysia Airlines (MAS) daripada pramugari ketika menaiki penerbangan MAS.

Isu itu menjadi kecoh selepas ada yang mengatakan pramugari terbabit bakal dikenakan tindakan di atas perbuatannya kerana melanggar SOP yang ditetapkan MAS yang hanya memberi sebungkus kacang kepada penumpang.


“Saya tak tahu wujudnya SOP yang tak boleh bagi kacang extra kepada penumpang” 

Disebabkan isu berkenaan menjadi makin besar, Azfarheri akhirnya tampil membuat penjelasan di Twitter dan meminta maaf atas perkara yang berlaku.

Menurutnya, tindakan memuat naik gambar kacang itu tanpa memikirkan kesan yang bakal berlaku adalah satu kesilapan dan dia juga mengakui tidak mengetahui berkenaan SOP yang ditetapkan MAS berkaitan pemberian kacang itu di atas pesawat.

“Tak boleh beri apa-apa komen mengenai isu termination” 

Walau bagaimanapun, berkenaan isu pramugari tersebut menerima tindakan dan sebagainya, Azfarheri tidak dapat memberi apa-apa komen kerana menurutnya isu itu tidak pasti sama ada ia sahih atau tidak.

Lebih mencurigakan, kesemua tweet berkenaan pramugari terbabit yang dikatakan telah dikenakan tindakan tatatertib itu telah pun dipadam dan sebaiknya isu ini biarlah pihak MAS sendiri yang mengeluarkan kenyataan.

Azfarheri juga menambah yang dia akan memberi kerjasama penuh berkaitan isu ini kepada pihak MAS dan sekali lagi memohon maaf kepada pihak yang terlibat.

Kesian juga ye jadi orang terkenal ni, isu yang kecil boleh meleret jadi perkara besar. Apa-apapun harap kes ini dapat diselesaikan dengan cara yang baik. 

Baca: Pramugari Berdepan Tindakan Tatatertib Gara-gara Azfarheri Tayang Dapat Sekampit Kacang?

Collage 16

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.