in

Tak Sia-Sia Berhenti Kerja & Balik Kampung, 4 Sekawan Dapat Hasil Lumayan Daripada Projek Tanam Cili

Usahawan Cili

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Siapa sangka idea untuk usahakan projek boleh tercetus lepas hasil tanaman kecil-kecilan di tepi rumah mendapat permintaan tinggi.


Menurut Bernama, Mohd Safri Mahmud, 25, lulusan Universiti Sultan Zainal Abidin, Kuala Terengganu mula menanam 1,800 pokok cili lebih setahun lalu. Daripada situ, dia mula dapat permintaan yang tinggi dan tercetus idea untuk mengusahakan projek tanaman cili.

Dia kemudian hubungi tiga rakan karibnya dan daripada situ, Safri bersama tiga rakannya, Mohd Amiludin Afiz Wahab, 26, Mohd Irfan Azri Anas, 25, dan Mohd Shafiq Hakimi Nordin, 25, terus nekad untuk tanam cili secara fertigasi.

Tanam Cili 1
sumber: blog
Tanam Cili 4
sumber: facebook

Berbekalkan modal RM20,000 untuk peralatan tanaman, benih dan penyediaan medium tanah, empat sekawan ni usahakan tanaman cili atas sebidang tanah yang terbiar dekat Kampung Musa, Mukim Pedu di Padang Terap. Mereka mulakan projek ini pada Oktober lepas dengan menanam 4,000 pokok cili atas tanah seluas 0.3 hektar.

Menurut Safri, sebenarnya tiga rakan karib dia mempunyai kerjaya masing-masing sebelum ini tetapi semuanya buat keputusan untuk berhenti kerja dan bekerjasama dalam projek tanaman ini.

Mohd Amiludin sebelum ini bekerja sebagai polis bantuan di Pulau Langkawi, Mohd Irfan Azri sebagai pereka grafik di sebuah pasar raya di Alor Setar dan Mohd Syafiq pula kerja kilang di Sungai Petani. Kesemua ambil keputusan berhenti kerja dan balik kampung tanam cili bersama saya.”

Tanam Cili 2
sumber: blog

Mohd Amiludin adalah lulusan Institut Hasani, Sungai Petani manakala kedua-dua Mohd Irfan Azri Anas dan Mohd Shafiq Hakimi Nordin lulusan Kolej UNITI, Port Dickson.

Projek yang diketuai Safri ni menggunakan teknik fertigasi sebab menjimatkan masa dan mengehadkan penggunaan tanah serta menjimatkan penggunaan air antara 30 dan 50 peratus jika nak dibandingkan dengan teknik tanaman tradisional.

Bukan itu je, hasil tanaman pun selamat untuk dimakan sebab mereka guna baja dan vitamin yang dihasilkan sendiri secara organik, tanpa penggunaan racun kimia.

“Sistem kawalan air pula lebih cekap untuk memastikan pokok cili mendapat bekalan air dan nutrien secukupnya… sumber air dan nutrien yang mencukupi menjamin kualiti buah cili dihasilkan, berkilat dengan saiz besar dan panjang serta berat.

“Pokok-pokok ini ada diletakkan di atas tanah yang dilapik plastik khas dan sebahagiannya digantung dalam beg tanaman dan dalam dua minggu lagi kami akan tuai hasilnya untuk dijual secara borong atau jual sendiri di kantin sekolah dan pasar pagi.”

Tanam Cili 5

Tanam Cili 3
sumber: facebook

Setiap pokok mampu hasilkan 2 kilogram cili yang boleh dijual antara RM7 hingga RM10 setiap kilogram. Hasil pertama tanaman yang baru diusahakan dua bulan ini dijangka akan dituai dalam masa 2 minggu lagi.

Hasil tuaian pula dianggarkan berjumlah lapan metrik tan yang mampu jana pendapatan kasar sebanyak RM60,000!

Mereka berharap projek ini akan membuahkan hasil lumayan supaya lebih banyak kebun dapat dibuka untuk penuhi permintaan.

Saya harap ada bantuan dari pihak berwajib untuk kami buka empat lagi kebun baharu agar hasil pengeluaran berterusan bagi memenuhi permintaan tinggi di pasaran.”

Siapa kata kerja kebun tak banyak duit? Haa dorang ni bakal jadi usahawan cili berjaya satu hari nanti!

Baca: Baru Berusia 14 Tahun, Remaja Ini Sudah Ada Bisnes Tudung Jenama Sendiri!

Tudung Iman Safiyah

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.