Perkongsian video pelakon Fasha Sandha sedang ‘bermesra’ di dalam kolam bersama suaminya yang juga seorang aktor, Aidil Aziz di laman Instagram telah mengundang pelbagai reaksi netizen.
Susulan kritikan yang diterima, Fasha tampil meminta maaf dan hasil semakan terkini, video itu telah pun dipadam.
Artikel berkaitan: “My forever love” – Video ‘Terlebih Mesra’ Fasha Sandha & Suami Buat Netizen ‘Mual’
Artikel berkaitan: “Saya hanya menjalankan tugas” – Fasha Sandha Buka Mulut Isu Video Berpeluk Dengan Suami
View this post on Instagram
“Menimbulkan fitnah di masa depan”
Mengulas isu ini, Pensyarah Fiqh Fatwa Kontemporari Pusat Kajian Syariah Fakulti Pengajian Islam UKM, Profesor Madya Datuk Dr Mohd Izhar Ariff berpendapat adegan tidak bersesuaian dikongsikan di media sosial akan menimbulkan fitnah, keraguan serta menjadi topik perbualan masyarakat.
“Hubungan suami isteri perlu dibatasi di hadapan khalayak ramai. Tak sesuai untuk melakukan adegan keterlaluan sehingga ia menampakkan akhlak yang tidak baik dalam kalangan kita sebagai umat Islam.
Ujar pendakwah itu, lelaki yang bergelar suami seharusnya bertanggungjawab mencari rezeki dengan cara dituntut agama tanpa menjatuhkan maruah sebagai muslim.
Tambahnya, kandungan video itu akan kekal berada di internet dan akan memberi kesan jangka panjang terutamanya kepada anak-anak.
“Sudah pasti video itu akan ada dalam laman sosial selamanya. Sudah pasti bila anak-anak dah membesar, mereka tengok ibu bapa mereka menayangkan hubungan intim sehingga menimbulkan fitnah di masa depan. Kita kena sama-sama jaga supaya anak-anak kita membesar dalam ketakwaan,” katanya.
Katanya lagi, jika mahu mempromosi sesuatu produk seharusnya menerusi cara yang betul dan patuh syariah.
Sumber: Harian Metro