in

“Tak semua tapi ramai” – Agamawan Risau Trend Pergi Umrah Semata Kejar ‘Content’

Trend Umrah Kejar Content

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Menjejak kaki ke Tanah Suci bukanlah satu peluang yang semua orang ada. Bagi mereka yang pernah merasai nikmatnya pergi ke Mekah dan Madinah semasa mengerjakan ibadat umrah pasti mahu mengunjunginya lagi.

Pun begitu, kesempatan menjadi tetamu Allah telah digunakan oleh segelintir pihak semata-mata bertujuan untuk mengejar content di media sosial.


Seorang agamawan, Dr. Kamilin Jamilin tampil meluahkan kerisauan mengenai trend umrah sebegitu sejak akhir-akhir ini.

@drkamilinjamilin

Trend “Umrah” Sekarang Yang Merisaukan! 🕋 #Muhasabah

♬ original sound – Dr. Kamilin Jamilin – Dr. Kamilin Jamilin

Menerusi perkongsian beliau di TikTok, dilihat segelintir influencer termasuklah selebriti sering memuat naik content di media sosial mereka apabila berada di Tanah Suci.

Katanya, trend tersebut menunjukkan seolah-olah ramai yang pergi ke Mekah dan Madinah sekadar pergi melancong sahaja.

“Saya sebenarnya risau tengok trend orang sekarang pergi umrah. Bukan semua tapi boleh nampak ramailah kat media sosial ini dulu-dulu sebelum muncul media sosial yang pelbagai ini dan influencer yang terkenal.

“Orang kalau dapat pergi Mekah dan Madinah ini satu benda yang besar tau. Pergi Mekah dan Madinah ni memang jadi satu medan keinsafan kalau kita betul-betul terasa dengan keagungan Allah dan kemuliaan tanah suci,” katanya.

Jika dahulu orang pergi ke sana akan rasa bertaubat dan berubah ke arah lebih baik, tapi sekarang ini sudah berbeza.

“Pergi sana lebih sekadar nak jadi content, selfie sana sini, berlakon cium kaabah, berlakon solat bagai,” katanya.

Beliau juga kecewa melihat sebahagian individu begitu sibuk update di media sosial, malah ada yang sanggup ambil peluang untuk mempromosi produk di sana.

Rata-rata netizen yang melihat perkongsian video itu bersetuju dan berterima kasih kepada beliau kerana menaikkan isu ini.

Screenshot 20230301 043148

 

Secara asasnya sebelum nak pergi umrah kita kena betulkan dan ikhlaskan niat iaitu betul-betul nak serahkan diri kepada Allah.

Baca: “Bila rakam baru takut” – Individu Dakwa Peniaga Di Madinah Paksa Beli Barang & Rampas Duit

Madinah Peniaga 1

Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.