Setiap pekerjaan mesti akan ada cabaran masing-masing, tak kisahlah dari segi mental mahupun fizikal. Lagi-lagi kalau cabaran yang dihadapi oleh seseorang itu melibatkan hukum dalam Islam.
Telah tular di laman sosial Tiktok, Dr Salehatul Khuzaimah atau lebih mesra dengan panggilan Dr Ima telah berkongsi sebuah video tentang cabaran dan tanggungjawab yang dihadapinya semasa merawat haiwan, terutamanya anjing.
Dalam video berkenaan, dia menerangkan bahawa tak semua orang akan faham mengenai kerjanya dan dia percaya dengan menunjukkan kebaikan melalui dirinya sebagai seorang veterinar untuk membantu anjing-anjing ini.
@drima_vet Ihsan to every animals including dogs. Thank you @myforeverdoggo for the awesome coverage ❤️#vetlife #drima_vet #TikTokGuru #LearnOnTikTok #fyp #foryoupage #JomBelajar #dog
♬ original sound – Salehatul Khuzaimah – Dr Salehatul Khuzaimah
Dia juga memberitahu yang memang menjadi cita-cita dan impiannya untuk menjadi seorang veterinar. Namun, bukan mudah untuk menjadi seorang veterinar muslimah di Malaysia kerana dia harus berurusan dengan anjing yang datang ke kliniknya.
“Kalau saya tak kerja dalam bidang ni, mungkin saya pun akan mempunyai stigma yang sama seperti orang lain,” kata Dr Ima.
Menerusi video tersebut, dia juga memberitahu yang dia sebenarnya takut kepada anjing tapi dia cuba untuk kekal tenang dan membaca gerak geri anjing berkenaan. “Kalau mereka tak jinak, saya tidak akan cuba mendekati mereka.”
Menjadi seorang veterinar muslimah yang merawat anjing bukanlah kerja yang mudah, Dr Ima menerangkan bagaimana dia menggunakan rujukan ustaz dan ulama berkenaan tatatertib dan hukum menguruskan seekor anjing.
“Kalau anda tak suka anjing tak apa, tapi jangan cederakan mereka,” tambah dia lagi.
Walaubagaimanapun, ada segelintir warganet yang tidak bersetuju dengan tindakannya serta mengecam dan mencemuh pekerjaan yang dipilih oleh Dr Ima hanya disebabkan dia berurusan dengan haiwan yang haram dipegang.
Tujuan dia memilih untuk merawat anjing adalah untuk meningkatkan kesedaran kepada generasi kini untuk tidak berasa takut kepada anjing dan agar mereka tidak mencederakan haiwan itu.
Dia juga menambah, bahawa populasi anjing jalanan ini semakin serious kerana bilangannya yang sangat tinggi. Dr Ima juga berharap akan ada lebih banyak veterinar Muslimah pada masa akan datang untuk sama-sama pertahankan kebajikan haiwan berkenaan.
Menjadi veterinar ni bukan kerja yang mudah, korang jangan la kecam pekerjaan mereka. Mereka sedang buat sehabis baik untuk menguruskan kebajikan haiwan-haiwan ni semua.