in

Tak Sempat Walikan Anak, Bapa Meninggal Dunia Beberapa Minit Sebelum Akad Nikah

collage 13

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kita hanya mampu merancang, tapi tuhan yang menentukan…

Ini apa yang dilalui oleh Norhafizatul Akmar apabila majlis akad nikahnya bertukar pilu selepas bapanya meninggal dunia beberapa minit sebelum sempat menjadi wali.


Menurut Harian Metro, Sulaiman Salleh telah menghembuskan nafas terakhirnya pada jam 11 pagi semalam selepas mengadu sesak nafas.

Bagi Norhafizatul, kejadian ini bagaikan mimpi, lebih-lebih lagi pemergian bapanya itu berlaku hanya beberapa minit sebelum akad nikah dimulakan. Malah, dia telah pun siap bersolek dan hanya menanti proses akad dimulakan.

Ketika itu saya sudah siap bersolek dan rombongan pengantin lelaki juga sudah berada di bawah khemah, hanya menanti untuk naik ke atas rumah bagi proses akad nikah.

“Imam juga sudah bersiap sedia di depan pelamin sebelum bapa mengadu sesak nafas. Melihat keadaan bapa, adik-beradik saya yang lain mengajar ayah mengucap dan sebaik saya keluar dari bilik, saya sempat melihat ayah menghembuskan nafas terakhir.”

photo 2022 09 06 13 42 42 1662443149

Ekoran ini, imam yang hadir untuk proses akad nikahnya itu telah meminta izin untuk menukar wali dan mereka meneruskan pernikahan pada jam 3 petang selepas mendapat keputusan ujian swab Covid-19 ke atas jenazah bapanya.

Disebabkan apa yang berlaku, imam yang hadir perlu mendapat keizinan bagi menukar wali dan majlis akad nikah saya hanya berlangsung pada 3 petang selepas memperoleh keputusan ujian swab Covid-19 yang dilakukan terhadap jenazah ayah.”

Majlis akad nikah kemudiannya diteruskan di masjid berdekatan dengan rumahnya dan Norhafizatul telah diwalikan abang kandungnya sendiri.

Selepas itu rombongan yang hadir hanya datang makan di rumah. Tiada majlis sanding, saya sekadar mengambil beberapa keping gambar di pelamin sebagai syarat sebelum menguruskan jenazah ayah.

“Alhamdulillah jenazah ayah selepas dikebumikan 10 malam tadi di Tanah Perkuburan Banggol Stol.

“Walaupun sedih dan terkejut dengan apa yang berlaku memandangkan ayah tidak mempunyai sebarang penyakit, namun saya bersyukur segala urusan arwah ayah berjalan lancar.”

Allahu, moga terus tabah dan mendapat perkahwinan yang bahagia hingga ke jannah…

 

Baca: Ibu Bapa Sedih Dapat Tahu Anak Meninggal Dunia, Jadi Mangsa Sindiket Kerja di Thailand

anak hilang di bangkok rupanya meninggal dunia

Sumber: Harian Metro

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.