Satu video tular memperlihatkan siling kedai di Dataran Pahlawan Mall, Melaka runtuh dan menghempap barangan jualan.
Menurut Harian Metro, kejadian itu berlaku kira-kira jam 10.08 malam semalam. Difahamkan, kejadian berlaku akibat kebocoran saluran paip pembentung di kawasan bazar kraftangan di bawah tanah pusat beli-belah yang menempatkan 70 kedai kraftangan.
Runtuh lepas tak sampai seminit pelanggan keluar
Oleh itu, salah seorang pekerja di Bazar Kraftangan tersebut, Mustapa Simon F Theseira @ Seman, 45 menjelaskan bahawa kejadian itu berlaku selepas pelanggan bersama dua anak termasuk bayi keluar dari kedai tak sampai seminit.
https://twitter.com/anthraxxx781/status/1602214440245481474?s=20&t=-TRGxmBy0p4xcwk1Ge7g5g
“Tak sampai seminit pelanggan itu keluar tiba-tiba siling kedai runtuh menghempap barangan jualan. Mujur saya dapat mengelak dan berlari keluar menyelamatkan diri.”
Tambahnya lagi, sebelum kejadian, dia terdengar bunyi merekah dan cuba mencari puncanya. Bunyi itu dikatakan pernah terjadi sebelum ini dan anggap ia perkara biasa.
“Sebelum ini biasa ada bunyi seperti siling merekah, namun saya menyangka ia perkara biasa tambahan pula sejak kawasan padang atas pusat beli-belah ini dijadikan parkir valet.”
Terkilan sebab bayar sewa setiap bulan
Dalam pada itu, seorang lagi peniaga, Abdul Halim Embi, 55 kesal kerana masalah saluran pembentungan bocor itu sudah banyak kali diadukan sebelum ini, namun mendakwa tidak diendahkan pihak pengurusan pusat beli-belah.
Malah, dia merasakan bahawa peniaga disitu seolah-olah dianaktirikan sedangkan bayaran sewa sentiasa dibayar.
“Masalah yang berlaku semakin buruk sejak dua tahun lalu apabila kawasan padang di atas dijadikan parkir valet menyebabkan berlaku gegaran sekali gus memburukkan lagi keadaan kebocoran paip.”
“Nak kira soal rugi memang banyak, tapi kami terpaksa reda kerana bukan orang senang dan tiada tempat lain untuk mencari rezeki.”
“Mujur kejadian malam tadi tak membabitkan kemalangan jiwa, jika kena pelanggan tentu ini akan menjejaskan imej pelancongan negeri. Jadi saya mahu pihak pengurusan memandang serius kemalangan yang berlaku.”
Malah, isterinya Harlika Rasmijan, 49 mendakwa bahawa banyak kontraktor sudah meninjau kerosakan berlaku dan membuat pengukuran, bagaimanapun kerja pembaikan masih tertangguh sehingga kini.
“Saya berharap pihak pengurusan dapat mengambil tindakan segera membaiki kerosakan siling ini supaya kami dapat terus berniaga pada musim cuti sekolah ini.
“Jika tidak boleh berniaga bagaimana mahu bayar sewa kedai dan penyelenggaraan. Hari biasa bazar ini memang sunyi dan pelanggan.”
Baca : [VIDEO] Nas Daily Dilihat Berada Di Melaka, Katanya Guna Pasport Caribbean?