in

Tak Sampai Hati Lihat Rakan Susah, Pemilik Bengkel Ini Murah Hati Jual Kereta Terpakai RM 1 Je

fi RM 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Ibarat cubit peha kiri, peha kanan terasa, sebuah persahabatan yang erat pastinya akan terlihat seperti sebuah keluarga.

Di Gangsa Durian Tunggal, Melaka, seorang pemilik bengkel kereta telah bermurah hati menjual sebuah Proton Iswara Aeroback terpakai kepada seorang warga emas dengan hanya RM 1.


Pemilik Makhdad Workshop, Shikh Muhammad Makhdad Haron yang berusia 48 tahun itu telah menjual kereta tersebut kepada rakannya yang merupakan seorang warga emas berusia 72 tahun.

Shikh Muhammad Makhdad Haron atau lebih mesra dipanggil Pak Ngah berkata hatinya tersentuh apabila mengetahui tentang kesusahan yang dilalui oleh rakannya, Isa Abdul Ghani itu. Difahamkan, Isa terpaksa menjual roti canai segera di kedai-kedai dan kantin sekolah demi kelangsungan hidupnya.

Menurut Pak Ngah, wang RM 1 yang dibayar oleh rakannya itu hanyalah simbolik bagi menginfakkan kereta tersebut supaya memudahkan Isa untuk menghantar tempahan kerana Pak Cik Isa dikatakan tidak memiliki kenderaan.

“Sebelum ini, Pak Cik Isa mempunyai sebuah kereta tapi terpaksa dijualnya kerana sering mengalami kerosakan. Jadi, dengan kelebihan dan kemahiran yang Allah SWT berikan kepada saya sebagai seorang pemilik bengkel kereta, saya terpanggil untuk membantunya walaupun nilainya tak seberapa,” kata Pak Ngah ketika ditemu bual.

Proton Iswara Aeroback yang dijual itu juga dikatakan kenderaan ketiga Pak Ngah yang telah diinfakkan kepada golongan kurang bernasib baik. Pak Ngah juga sebelum ini pernah menginfakkan sebuah kereta kepada seorang ibu tunggal yang mempunyai anak ramai dan hanya bergerak menggunakan motosikal.

Di samping itu, Pak Cik Isa menyatakan kebuntuannya selepas menjual kereta miliknya. Ketiadaan kenderaan membuatnya sukar untuk bergerak, lebih-lebih lagi apabila mendapat tempahan sebanyak 800 keping roti canai.

Walaupun sudah dimamah usia, Pak Cik Isa masih mampu untuk terus berdikari dan menyara isterinya yang berusia 76 tahun.

“Memang saya mempunyai seorang anak. Tapi dia juga mempunyai tanggungan keluarga. Syukur ALLAH SWT masih memberikan rezeki kesihatan kepada saya. Bila ada orang yang berikan kereta ini untuk memudahkan saya menjual roti canai, saya terharu kerana masih ada insan yang prihatin,” katanya.

Mulia betul hati Pak Ngah ni…macam ni baru lah sahabat dunia akhirat. Semoga kita pun boleh tolong sahabat kita bila diorang susah nanti..

Sumber: Sinar Harian

Baca: “Terbaik”-Dr Zul Melawat Gurdwara PJ, Beri Sokongan Kerana Bantu Mangsa Banjir Dari Ahad Lepas

baca rm 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.