in

Tak Sampai 24 Jam Lepas Aplikasi ‘Sugarbook’ Diban, Ia Muncul Semula Dengan Nama Baru?

Collage 25

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Semalam, laman web temujanji yang hangat diperkatakan sejak dua menjak ini, Sugarbook, telah pun diban di Malaysia atas sebab “kandungannya telah melanggar undang-undang negara”.


Di dalam laman web www.sugarbook.com, korang boleh tengok yang laman web ini telah ditutup kerana melanggar Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 Seksyen 263.

Screenshot 20210216 001023 Chrome.jpg Down

Pun begitu, menurut WOB, aplikasi ini masih boleh dimuat turun di Google Play Store dan tak sampai 24 jam lepas ditutup, Sugarbook kini boleh diakses semula lepas tukar nama laman web mereka ke www.sucrebook.com dan membuat pengumuman penukaran ini di aplikasi mereka.

Sugarbook telah diban di Malaysia. Sucrebook.com kini laman web rasmi.”

Screenshot 20210216 083001 Chrome

Semalam, SKMM telah mengeluarkan kenyataan mengatakan pihak mereka kini sedang bekerjasama dengan PDRM untuk memantau dan menyiasat aplikasi Sugarbook dan akan mengambil tindakan ke atas pengguna dan pemilik platform tersebut sekiranya mereka mendapati telah melanggar undang-undang negara.

Jika ada elemen pelacuran, tindakan segera akan diambil oleh PDRM.

Ibu bapa dan penjaga juga turut dinasihati untuk sentiasa memantau aktiviti atas talian anak-anak dan perubahan cara hidup mereka hingga boleh menimbulkan keraguan.”

Selain itu, SKMM juga turut memberi nasihat kepada pengguna untuk lebih berhati-hati dengan risiko jenayah siber sekiranya mereka tak ambil langkah berjaga-jaga.

5 Fakta Menarik Tentang Dr Luqman Abdullah Mufti Wilayah Yang Baru

Manakala Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Luqman Abdullah pula telah megambil inisiatif untuk menasihatkan umat Islam agar tak menggunakan aplikasi ini kerana ia boleh mendorong kepada berlakunya perzinaan, lapor Harian Metro.

Sejajar dengan itu, larangan ke atas umat Islam daripada menyertai aplikasi Sugarbook ataupun mana-mana aplikasi lain yang berkaitan dengannya adalah selaras dengan prinsip Sadd al-Dzara’i iaitu penutupan pintu-pintu yang boleh membawa kepada perbuatan yang haram di sisi Islam.”

Pihaknya turut menasihati sugar daddy dan sugar baby yang dah terbabit dengan aktiviti ini untuk segera bertaubat dan meninggalkan perbuatan tak bermoral ini.

 

Baca: “Mak ai ramai betul” – Malaysia Negara Ke-3 Ada Paling Ramai ‘Sugar Daddy’ Dalam Asia!

Screenshot 2021 02 16 At 12.11.09 Pm

Sumber: WOB

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.