in

”Tak sabar-sabar” – Gelagat Kucing Terlompat-lompat Nak Masuk Beg Buat Orang Ramai Tersengih

1Kucing

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sebagai pemilik kucing, kita pastinya tak jemu melihat perangai si bulu setiap hari. Kadang-kadang tu boleh jadi bahan hiburan selepas penat bekerja di siang hari. Ada sesetengah perangai kucing tu boleh buat kita geram, tapi layankan je lah. Dah nama pun sayang.


Ada satu video yang mendapat perhatian ramai di TikTok dimana seekor kucing kelihatan tidak sabar-sabar untuk masuk ke dalam beg lutsinar. Belum sempat lagi tuannya setup beg itu betul-betul, kucing tu dah sibuk nak masuk. Korang tengok lah gelagat kucing yang min cakap tu dalam video @kuchisikoceng di bawah.

@kuchisikoceng

Sabaq !!!

♬ original sound – 😸 K U C H I 😺 – 😸 K U C H I 😺

Tak sabar-sabar

Eee geram betul tengok perangai kucing macam ni. Rasa nak cubit-cubit je rasa. Kita nak buat untuk dia elok-elok, dia pulak tak sabar-sabar nak masuk. Tunggu la kejap.

Screenshot 2024 06 23 At 11.34.05 AmBetul, biasanya kucing cukup takut atau tak suka nak masuk dalam beg macam ni. Carrier biasa tu pun biasanya tak nak masuk. Kucing ni rosak kot sebab excited terlebih nak masuk beg. 

Screenshot 2024 06 23 At 11.34.45 AmBestnya ada kucing yang excited nak ikut kita keluar rumah. Mungkin dia sayang sangat dekat tuan dia tu, sampai kalau boleh pegi kedai pun nak ikut. 

Screenshot 2024 06 23 At 11.34.56 AmItu yang min cakap, mungkin kucing ni rosak. Biasanya memang kucing akan menyorok dulu kalau nampak beg, sebab takut kita bawa dia pegi vet. 

Screenshot 2024 06 23 At 11.35.19 AmInilah yang dinamakan majikan. Ada je benda tak perfect dekat dia. Padahal kita tengah buat untuk dia tu. Nasib lah yang ada majikan dirumah tu, layan je perangai dia. 

 

Baca: ⁠”Dengar je terus datang” – Gelagat Kucing Ini Layan Coco Melon Buat Orang Ramai Terhibur

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.