Bazar Ramadan antara pasar yang ditunggu-tunggu oleh rakyat Malaysia, pelbagai juadah dijual bagi memeriahkan bulan puasa.
Namun, tahun ini kita dapat lihat banyak insiden di mana peniaga tidak jujur dalam berniaga dan lebih sedih lagi ada juga peniaga yang tidak menjaga kualiti makanan hingga membahayakan kesihatan.
Terbaru, sebuah thread dikongsikan oleh akaun Twitter @MalaysiaViralll menceritakan luahan seorang pembeli kuih karipap di bazar Ramadan, apa yang menyedihkan ialah inti karipap tersebut sudah berkulat.
TOLONG RT
KARIPAP SAMPAH
Assalamualaikum. Kepada peniaga2 bazaar ramadhan rasanya dah byk kali viral pasal makanan2 yg tak elok, tak sangka harini terkena pada sy juga. Harini sy ada beli 2 paket karipap, tapi KARIPAP YANG DAH BERKULAT.@KKMPutrajaya @DGHisham pic.twitter.com/oZFoemwDM7
— MALAYSIA MOST VIRAL (@MALAYSIAVIRALLL) March 30, 2023
“Mak dan kakak saya dah termakan sekali gigit, kakak sy bgtau karipap rasa pahit, bila dibuka tengok inti terkejut tengok inti dah berkulat.
Kulit karipap pun berminyak mcm dah banyak kali goreng. Bila dibuka satu2 karipapnya, memang semua inti berkulat, dengan pakej bau sampah!,” tulisnya.
Difahamkan, pengadu tersebut membeli karipap itu di bazar Ramadan sekitar Kuantan, Pahang. Dia turut memberitahu rupa karipap itu seakan-akan karipap yang tidak terjual 3 ke 4 hari lepas dan digoreng semula.
Malah, pengadu tersebut juga meluahkan rasa risau jika karipap itu dimakan oleh ibu yang mengandung atau kanak-kanak.
Dia turut memberitahu bahawa dia akan bertemu semula dengan peniaga tersebut untuk menunjukkan dan meminta peniaga tersebut menilai sendiri kualiti makanan yang dijual.
Baca: “Sebungkus RM 15” – Gerai Nasi Ayam Berempah Di Bazar Puchong Sudah Ditutup