Pemergian pelawak tersohor Datu Jamali Shadat pagi tadi amat memberi kesan, terutamanya artis-artis lama yang membesar dengan lawak-lawaknya.
Antaranya, pengacara Datuk Aznil Hj Nawawi atau lebih mesra dengan panggilan Pak Nil ini. Menurutnya, lawak arwah mempunyai nilai positif kerana menyelitkan mesej yang berguna.
“#paknil membesar dengan lawak beliau. Dalam lawak beliau pasti ada mesej yg berguna utk penonton dia jadikan panduan.
Tak pernah lawaknya mencarut atau dua makna.”
“Yang herannya masih tetap lucu dan buat orang ketawa. Inilah keunikan Datuk Jamali Shadat. Innalillahiwainnailaihirojiun AlFatihah.” Tambah Pak Nil menerusi Instagram miliknya.
https://www.instagram.com/p/CK0FFCagfLK/
Datuk Jamali Shadat yang cukup sinonim dengan watak ‘Atan’ ini meninggal dunia pada 8.30 pagi tadi.
Menerusi Astro Gempak, Datuk Jamali dalam keadaan uzur sehingga tidak mampu berjalan dan kurang selera makan.
Isterinya meninggal dunia akibat serangan angin ahmar pada Jun 2018 lepas dan menyebabkan beliau kemurungan.
Baca : Pelawak Sering Dikenali Dengan Karakter ‘Atan’, Jamali Shadat Meninggal Dunia Pada Usia 78 Tahun