in

Tak Pernah Ambil Gaji, Ini Fakta Menarik Pemain Bola Sepak Morocco Hakim Ziyech

hakim ziyech

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Walaupun pasukan Morocco telah hilang peluang ke peringkat akhir Piala Dunia 2022 ditewaskan pasukan Perancis, namun pasukan tersebut turut mendapat perhatian dunia apabila tetap melakukan sujud syukur sebaik sahaja permainan ditamatkan.

Situasi itu bukanlah pertama kali meraih perhatian dunia sejak pasukan Morocco menjadi buah mulut peminat bola sepak selepas menjadi pasukan benua Afrika pertama yang mara ke separuh akhir Piala Dunia 2022.


Salah seorang pemain kebangsaan mereka, Hakim Ziyech sering menjadi perhatian media sepanjang musim Piala Dunia 2022 berlangsung. Ternyata, ada kisah yang mengagumkan mengenai pemain kelab Chelsea itu.

314782875 478641254090856 5542450315216342488 n e1671091589302

Ini fakta menarik mengenai Hakim Ziyech yang mengagumkan orang ramai:

Berasal dari keluarga kurang berkemampuan

Hakim Ziyech lahir dari keluarga sederhana. Beliau memiliki dua warganegara kerana ibu bapanya berasal dari dua negara berbeza. Ayahnya berasal dari Belanda manakala ibunya pula warga Morocco.

Sejak kecil, Ziyech menghabiskan masa lapangnya bermain bola sepak bersama kakaknya. Dari situ, ibu bapanya menyokong bakat Ziyech untuk menjadi pemain bola yang hebat.

Penyayang kepada ibunya

Selepas ayah Ziyech meninggal akibat kanser, ibunya membanting tulang untuk mencukupi keperluan anak-anaknya. Ziyech membalas setiap perjuangan ibunya membesarkan anak-anak dengan mendedikasikan semua kemenangan kepada ibunya.

106921567 616947965925369 7323047040874692142 n e1671091662248

Kurang fasih berbahasa Arab

Negara Morocco menggunakan bahasa Arab sebagai bahasa rasmi dan hampir 100% orang Morocco boleh berbahasa Arab.

Namun begitu, Ziyech mengaku tidak begitu fasih berbicara dalam bahasa Arab. Hal itu disebabkan beliau lahir dan membesar di Belanda. Beliau hanya fasih dalam bahasa Belanda dan bahasa Inggeris.

Tak pernah ambil gaji atau elaun

Umum mengetahui seorang pemain bola sepak memiliki pendapatan yang begitu lumayan seiring dengan prestasi mereka.

Baru-baru ini seorang peminat sukan, profesor undang-undang dan penulis bernama Khaled Beydoun mendedahkan Ziyech tidak pernah mengambil sesen pun gaji atau elaun ketika bermain untuk negaranya sejak 2015.

Menurut Beydoun, Ziyech selama tujuh tahun telah mendermakan kesemua wang tersebut kepada staf pasukan dan juga keluarga miskin di negaranya.

Lebih mengagumkan, bintang terkenal bola sepak dunia itu enggan memperbesarkan segala kebaikan yang dilakukannya.

Bahkan, bonus yang bakal diterima Ziyech di Piala Dunia 2022 akan disumbangkan kepada golongan miskin di Morocco.

Itu mungkin hanyalah sebahagian kecil bentuk sumbangan dari Hakim Ziyech yang kita ketahui dan mungkin saja masih banyak lagi kebaikan lain yang tidak didedahkan media.

Dari kisah Hakim Ziyech, kita boleh pelajari sifat terpuji dan semangat cintakan negara yang ditunjukkan beliau.

Baca: Lelaki Lumpuh Separuh Muka, Gara-Gara Tidur 2 Jam Sehari Tengok FIFA World Cup

ft muka lumpuh separuh

Sumber: Celebrities.id

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.