in

Tak Penuhi 1 Rukun Nikah, Perkahwinan Rizky Febian & Mahalini Dikatakan Tidak Sah?

Rizky Febian Mahalini Nikah Tak Sah

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Tidak penuhi salah satu rukun nikah, perkahwinan pasangan penyanyi Indonesia terkenal, Rizky Febian dan Mahalini diputuskan tidak sah oleh Pengadilan Agama Jakarta Selatan.

Menurut portal Kapan Lagi, jurucakap Pengadilan Agama Jakarta Selatan, H. Suryana berkata, wali yang menikahkan pasangan ini bukan wali yang berhak dan itulah yang menjadi sebab pihak majlis hakim mengambil keputusan tersebut.


Dari hasil pemeriksaan itu, majlis hakim mengambil keputusan bahawasanya pernikahan yang dilaksanakan ternyata dari hasil pemeriksaan majlis hakim ada salah satu syarat, salah satu rukun nikah tidak dipenuhi.

“Salah satunya wali yang menikahkan bukan wali yang berhak,” katanya, pada Isnin.

Artikel berkaitan: Bapa Rizky Febian Sahkan Mahalini Akan Peluk Islam, Bakal Bernikah Di Jakarta

Artikel berkaitan: Mahalini & Rizky Febian Kahwin, Majelis Ulama Indonesia Anggap Pernikahan Tidak Sah Sebab….

Mahalini guna wali hakim tapi…  

H. Suryana juga berkata, masalah berkaitan wali itu timbul apabila Mahalini selaku mualaf yang baru memeluk agama Islam dua hari sebelum nikah tidak mempunyai wali kerana ayah kandungnya bukan beragama Islam.

Setelah mualaf, dia nikah, automatik kerana orang tuanya bukan Muslim, di situ bererti walinya bukan orang tuanya,” katanya lagi.

Difahamkan bahawa wali nikah yang digunakan ialah seorang ustaz dan ustaz tersebut menikahkan pasangan ini atas nama wali hakim, disebabkan Mahalini tidak memiliki wali nasab yang memenuhi syarat.

Namun yang menjadi masalahnya, majlis hakim mendapati bahawa proses menjadikan individu terbabit sebagai wali hakim tidak memenuhi kriteria yang ditetapkan undang-undang di Indonesia.

Hal ini yang menyebabkan pihak mahkamah memutuskan bahawa pernikahan pasangan ini tidak sah secara hukum.

Mahalini dan Rizky Febian kena kahwin semula?

Menurut H. Suryana lagi, pernikahan Rizky Febian dan Mahalini terpaksa diulang semula atau dilakukan sekali lagi kerana tidak memenuhi rukun nikah.

Pasangan ini juga kembali dipanggil untuk mendaftarkan pernikahan mereka di Kantor Urusan Agama (KUA) setempat supaya boleh mendapatkan buku nikah dan pernikahan itu perlulah sah dari segi agama dan negara.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by RizkyFebian (@rizkyfbian)

Macam mana pulak boleh jadi macam ni ye? Macam kes berat je ni. 

Sumber: Kapan Lagi, Tribunnews, X

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.