Amerika Syarikat kini sedang bergolak selepas kematian George Floyd di mana ianya telah mencetuskan tunjuk perasaan di seluruh negara tersebut.
George Floyd adalah lelaki berkulit hitam yang disahkan meninggal dunia selepas seorang pegawai polis Minneapolis ‘melutut’ atas lehernya.
Video ketika kejadian yang dirakamkan orang awam ketika itu kini sudah viral di seluruh dunia. Kematian George telah menaikkan kemarahan ramai para penunjuk perasaan yang menyeru agar keganasan pihak polis dihentikan.
Selain itu, ianya juga dikaitkan dengan penindasan mereka berkulit hitam di negara tersebut. Difahamkan, kejadian yang melibatkan keganasan polis terhadap orang berkulit hitam di Amerika Syarikat sering berlaku.
Tidak hanya kumpulan berkulit hitam tetapi juga ramai ‘white people’ di negara itu turut menyeru agar penindasan sebegini dihentikan. Namun, bagi sesetengah ‘white people’ mereka tidak bersetuju dengan hal itu termasuklah dua lelaki yang menjadi viral baru-baru ini di Twitter.
Melalui satu video pendek, dua lelaki berkulit putih dirakam ‘mengejek’ kematian George Floyd di depan ramai penunjuk perasaan yang sedang berarak.
Kejadian itu berlaku ketika penunjuk perasaan berkumpul dekat Franklinville, New Jersey di mana seorang lelaki itu dilihat terbaring meniru kedudukan George manakala seorang lagi melutut lehernya ‘membawa watak’ pegawai polis tersebut.
Ramai penunjuk perasaan didengari menjerit ke arah mereka dan ada yang dikatakan turut memaki hamun dua lelaki tersebut. Menurut Mirror, antara komen netizen di Twitter,
“Ini membuktikan betapa racist, jijik dan jahatnya seseorang boleh jadi.”
“Tak faham dengan orang yang tak ada empati macam ni. Tak peduli langsung pasal kematian orang lain.”
“Sangat jiik!”
Doktor yang membuat bedah siasat ke atas mayat George memutuskan kes ini sebagai bunuh. Kini, kes masih dalam perbicaraan dan pegawai polis yang ‘melutut’ itu, Derek Chavin didakwa atas tuduhan bunuh tahap kedua.
Tiga lagi rakan polisnya yang berada di tempat kejadian ketika itu, Thomas Lane, J. Alexander Kueng dan Tou Thao pula didakwa atas pertuduhan bersubahat dalam membunuh.
Baca: Tak Peduli Risiko COVID-19, Ribuan Penunjuk Perasaan Banjiri White House Demi George Floyd