in

“Tak payah nak lovey dovey dalam KK” – Individu Bengang Bapa ‘Mithali’ Tak Beri Seat Dekat Ibu Hamil

ft wanita hamil

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Setiap wanita hamil harus menjalani pemeriksaaan pada setiap bulan di klinik kesihatan sepanjang tempoh 9 bulan kehamilan itu sebelum melahirkan bayi. Pasti akan ada suami mithali yang berada di sisi isterinya untuk memberikan sokongan moral.

Namun begitu, perbuatan tersebut telah mengundang rasa kurang senang mereka yang berkunjung ke klinik kesihatan atas beberapa sebab yang dianggap menyusahkan orang lain.


Artikel berkaitan : Niat Peniaga Nak Bagi Free Dekat Ibu Hamil, Tapi Ada Yang Berkeras Minta Sampai 5 Bungkus Makanan?

Artikel berkaitan : [VIDEO] Langgar Ibu Hamil, Wanita Mengamuk Bila Orang Ramai Minta Turun Bertanggungjawab

“Nak beritahu perkara common sense yang patut suami-suami sweet follow isteri check-up dekat klinik kesihatan.”

“Kalau waktu tengah pack, tolong berikan seat kepada ibu-ibu yang mengandung. Jangan duduk macam tak ada perasaan. Menyemak!”

Tambah individu tersebut, tidak dinafikan jika golongan suami menunjukkan keprihatinan terhadap isterinya yang hamil itu bagus, tetapi mereka juga harus peka dengan situasi sekeliling.

“Kadang-kadang Unit Kesihatan Keluarga (MCH) penuh dengan bapa-bapa mithali tapi macam tak ada otak.”

Dengan luahan tersebut, majoriti netizen bersependapat dengan individu ini kerana mereka pernah alami situasi yang lebih kurang sama di depan mata mereka.

Kata mereka, pihak isteri patut mainkan peranan penting meminta suaminya untuk bangun agar dapat beri ruang kepada ibu hamil yang lain malah ia bakal membuatkan ibu-ibu yang ingin memberikan susu badan juga rasa tidak selesa.

Screenshot 2025 01 20 131712

Screenshot 2025 01 20 131732

Ada juga yang pernah terjumpa dengan seorang ibu berpantang yang perlu ambil dan tunggu giliran sendiri sambil berdiri sementara si suami kepada satu pasangan ini selamba duduk di atas kerusi.

Disebabkan itu, ada netizen yang menyarankan agar pihak klinik kesihatan turut ambil peranan dengan membuat rondaan atau meletakkan notis sebagai tanda peringatan mesra buat suami agar beri keutamaan kepada ibu hamil.

Sumber : mStar Online

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.