in

“Tak patut dinormalisasikan” – Nancy Shukri Arah Pemandu Bas Rakam Murid Perempuan Disiasat

Syaz Ft 2024 09 06T101209.069

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sejak semalam, tular beberapa video seorang pemandu bas merakam murid perempuan yang menaiki bas tersebut.

Apa yang membuatkan ramai netizen kurang senang ialah tindakan lelaki itu yang dilihat tidak sesuai dilakukan terhadap kanak-kanak, seperti memanggil kanak-kanak itu crush, mencium dahi serta memegang bibir kanak-kanak itu.


Artikel berkaitan: Jangan diskriminasi pakaian mereka yang perlukan pertolongan – Nancy Shukri

Artikel berkaitan: Temui Petunjuk Baharu, Polis Siasat Suspek Culik Albertine Leo Mungkin Seorang Pedofilia

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri menerusi sebuah hantaran di X berkata, beliau telah mengarahkan pegawainya dari Jabatan Pembangunan Kanak-Kanak (JPKK) mengambil tindakan tegas itu kepada individu tersebut.

“Kami bersedia bekerjasama dengan Bahagian Siasatan Jenayah Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak (D11) negeri Johor bagi membantu siasatan.

Perilaku tersebut tidak boleh diterima dan tidak seharusnya dinormalisasikan.

Berkongsi gambar atau video kanak-kanak tanpa kebenaran ibu bapa adalah satu pelanggaran hak dan privasi kanak-kanak, selaras dengan Akta Kanak-Kanak 2001,” tulisnya.

Setakat artikel ini ditulis, pengguna TikTok yang juga pemandu bas sekolah itu dilihat sudah memadam kebanyakan videonya dari platform media sosial tersebut.

Sumber: X

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.