in

Tak Pasti Sekadar ‘Content’ Atau Apa, Netizen Bengang Lihat Video Suami Hempas Barang Di Pasar Raya

suami baran campak barang

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kecoh! Tular satu video sejak petang semalam memaparkan situasi tegang di antara seorang lelaki dan perempuan yang didakwa sepasang suami isteri di sebuah pasar raya.

Rakaman itu menarik perhatian ramai apabila si suami dilihat bertindak di luar jangkaan dengan mencampakkan beberapa barang ke lantai dan menterbalikkan troli.


Si isteri pula dilihat bertikam lidah dan menegur tindakan suaminya dengan meminta lelaki itu mengutip kembali barang yang telah dicampaknya.

@saudagartanpanama

Sesekali jadi nitizen.. Tacottt tacot fyp rosyammall rosyammart

♬ original sound – Saudagar Tanpa Nama – Saudagar Tanpa Nama

Video yang dikongsikan di TikTok @saudagartanpanama ini sebenarnya mempunyai dua video sambungan lagi, yang mana video kedua memaparkan pekerja di pasar raya berkenaan cuba menenangkan situasi.

Sebuah video lagi pula memaparkan pasangan ini masih lagi bertikam lidah dengan si isteri menjerit mengatakan, “Bukannya selalu pergi shopping.” 

@saudagartanpanama

Replying to @mas_5992 Sekali pekerja situ masuk… Lagi dia jerit² uiii.. Tebalik troli jadi nyaaaa

♬ original sound – Saudagar Tanpa Nama – Saudagar Tanpa Nama

@saudagartanpanama

Replying to @shaufiqah.h Last² kena tarik dua² g jumpa pengurusan kat situ.. Wat kecoh lagi…. Nanti akan sambung kalau dpt tangkap apa kejadah nyaaa sampai kena jumpa pengurusan.. Sekian laporan dr nitizen sana sini

♬ original sound – Saudagar Tanpa Nama – Saudagar Tanpa Nama

Artikel berkaitan: “Suami saya baik, tak pandai marah” – Isteri Sabari Baharom Tak Dapat Terima Kekejaman Terhadap Suami

Artikel berkaitan: Masalah Hutang & Sewa Rumah Tertunggak Punca Pergaduhan, Seorang Wanita Terjatuh Dari Tingkat 4 Lepas Bertengkar Dengan Suami

“Apa punya suami macam ni” 

Meskipun tidak dapat dipastikan sama ada video tersebut hanya content semata-mata atau benar-benar berlaku, ramai di kalangan netizen meluahkan rasa kecewa mereka melihat kejadian begini berlaku di tempat awam.

Ada yang mengkritik tindakan lelaki tersebut mencampakkan barang ke lantai dan tidak membelikan barang asas yang ingin dibeli isterinya. Ada juga yang menyalahkan wanita tersebut kerana bermulut lancang hingga menyebabkan lelaki berkenaan naik angin.

hempaas

Dalam pada itu, masih tidak dapat dipastikan bilakah video ini dirakam dan sehingga setakat ini, tiada pihak berwajib tampil membuat sebarang kenyataan berhubung isu tersebut.

Sumber: TikTok, mStar

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.