Sejak masuk fasa pandemik ni orang ramai dinasihatkan untuk lebih berhati-hati dengan persekitaran sekeliling. Salah satu cara untuk mengelak daripada terkena jangkitan wabak Covid-19 ialah dengan memakai mask.
Namun, cara pelupusannya juga perlu diambil kira. Jangan sebab kecuaian diri sendiri kesannya berlaku dengan orang lain.
Menurut Sosok, sepasang couple di China menjumpai satu mask yang dah diguna di dalam makanan yang diorang order melalui delivery app daripada sebuah restoran. Apa yang lebih menjijikkan lagi diorang jumpa mask tu sekali direbus dengan makanan yang diorang order.
Selepas daripada kejadian itu, mereka menghubungi pihak restoran untuk membuat aduan berkenaan itu. Manager restoran yang dikenali sebagai Wu memohon maaf soal kejadian itu dan dia ingin menawarkan refund kepada pasangan tersebut namun ditolak oleh mereka.
Pasangan itu meminta Wu untuk menyelidik kenapa perkara macam tu boleh jadi dekat restorannya dan akhirnya Wu mendapati tukang masak mereka tak guna mask pun kat dapur.
Hal ini dapat dilihat menerusi cctv yang dipasang di dalam dapur restorannya.
Pihak restoran tak tahu dari mana datangnya mask tu di dalam makanan pasangan itu.
Namun, soal siasat akan dibuat dengan lebih teliti lagi sebab ini melibatkan soal makanan yang boleh mengakibatkan kemudaratan seseorang.