“Tak kisah pasal anak, bodoh” – Langsung Tak Sedar Anak Kecil Dah Merayau Sampai Jalan Besar Sorang-Sorang

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:



Seorang lelaki merakamkan detik di mana dia terjumpa dengan seorang kanak-kanak berumur dalam lingkungan 2-3 tahun sedang merayau berseorangan di jalan.

Melalui video tu kanak-kanak yang memakai baju putih tersebut boleh dilihat berkaki ayam dengan memakai puting dan memegang bantal busuknya sambil tercari-cari rumah. Tidak dinyatakan dekat mana kejadian ni berlaku tapi mengikut loghat lelaki yang rakam tu, mungkin di Kedah.

Mana, rumah adik dekat mana?”

Dalam keadaan panas sambil menangis dia menjenguk setiap rumah yang dia nampak sebab tak tahu jalan pulang dan tak pasti jika dia jumpa rumah yang betul. Lepas tu, dah lah keadaan jalan tu berpasir dan berbatu, sampai berdebu kaki adik tu.

Menurut lelaki yang rakam tu, kanak-kanak ni dah berjalan sampai ke jalan besar dan berseorangan. Jalan kampung tu pun memang sangat sunyi, tak ada orang atau kenderaan yang lalu langsung!

Boleh dengar dia bertanya dengan tuan rumah di kawasan tu kalau kalau mereka kenal siapa ibu bapa kanak-kanak ni. Dia kemudian singgah di satu rumah untuk bertanya dan diberitahu lokasi rumah keluarga adik tu.

Lepas tu lelaki ni dukung kanak-kanak tersebut untuk hantar ke rumah lepas ada yang maklumkan mana satu rumah keluarga dia.

Rumah dia hujung tu. Dia jalan pergi sana nu, sekilo lebih (kilometer) sampai jalan besar. Jalan ada hutan bukan ada siapa. Ni budak ni duk teriak ataih jalan.”

Mak pak duk dalam rumah, dia tak kisah pasal anak-anak. Bodoh…”

Bila dah sampai rumah keluarga adik tu, keluarga dia memang terkejut sebab tiada siapa pun perasan dia keluar dari rumah berjalan sorang-sorang sejauh tu.

Lelaki tu sempat ‘sekolahkan’ keluarga kanak-kanak tu sebab apa yang berlaku tu sangat membahayakan. Anak sekecil tu tak tahu apa-apa, boleh jadi accident dilanggar lori atau diculik. Nauzubillah…

Hangpa kena pakat pakat tengok. Naya… Bukan nak kata saya baik tapi kalau orang lain depa dah ambil dah (culik).”

Tonton video tu dekat bawah:

Allahuakbar! Lagi budak merayau keluar dari kediaman tanpa diketahui keluarga..Nasib baik brader ni nampak..

Posted by Anak Felda on Tuesday, July 2, 2019

 

Nasib baik abang yang baik hati ni terjumpa budak tu. Kalau orang lain yang berniat jahat tak ke naya. Masa tu barulah nak teriak. Sebab tu ada pepatah, menyesal dahulu pendapatan menyesal kemudian tak ada guna.

Tolonglah peka kalau ada anak kecil macam ni. Zaman sekarang tak sama dah macam dulu-dulu anak boleh bebas main luar rumah. Sekarang banyak orang jahat!

Baca: Walker Menggelongsor Ke Tengah Jalan, Bayi Baru Pandai Berjalan Maut Digilis Treler Tayar 10

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:

Ditulis oleh Sue Idris

Seorang ibu. Siapa cakap anak aku tak comel siap eh!