Sebelum ini, media melaporkan United Kingdom mengalami kerugian apabila kerajaan negara itu melaburkan sejumlah besar wang untuk membeli kit pengesan COVID-19 daripada China — namun malangnya, ia tidak berfungsi!
Kemudian, negara itu sekali lagi berdepan satu lagi ujian apabila BBC melaporkan — sejumlah Pakaian Perlindungan Diri (PPE) yang ditempah daripada Turki pula dikatakan tidak mencapai standard piawaian ditetapkan.
Bertimpa-timpa masalah dihadapi UK, hingga kemudiannya Malaysia pula jadi sasaran pertikaian di media sosial. Hmm, kenapa pulak ni?
Kisahnya bermula apabila Setiausaha Luar Negeri UK, Dominic Raab memuatnaik satu status di laman Twitternya baru-baru ini — menyatakan penghargaan kepada kerajaan Malaysia kerana membantu membawa masuk 200 tan sarung tangan kepada pasukan perubatan di sana.
200 tonnes of gloves for the NHS arrived in ?? from Kuala Lumpur, heading for our frontline healthcare workers.
A huge thank you to our friends in the ?? Government for facilitating this.
— Dominic Raab (@DominicRaab) May 7, 2020
Respon daripada netizen mereka bagaimanapun menimbulkan rasa kurang senang orang kita kerana dilihat seolah-olah bukan saja mempertikaikan kualiti produk keluaran Malaysia — malah memperlekehkan negara kita juga.
Mungkin mereka bengang, sebab tertekan kerana menjadi antara negara Eropah paling teruk terjejas akibat pandemik ini — dan di tengah-tengah musibah itu, banyak pula ujian lain yang melanda negara.
Apa pun, netizen kita memang cepat panas bab-bab gini — maka terpaksalah mereka hadap disekolahkan semula oleh tentera bawang Malaysia.
Hmm, lepas baca semua komen-komen ni — terbuktilah bahawa hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik di negeri sendiri kan?
Baca: “Kena pakai condom” – Penyelidik China Temui Virus Covid-19 Dalam Air Mani Pesakit Yang Sudah Sembuh