in

Tak Jumpa Ruang Solat, Pemuda Sesat Dalam Masjid Buatan Jin Di Jawa Timur?

Ft Masjid Tiban

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Di Indonesia, terdapat satu masjid yang menurut orang tempatan di sana, ianya didakwa dibina oleh jin, ia adalah Masjid Tiban yang terletak di Malang, Jawa Timur, Indonesia.

Ia didedahkan oleh YouTuber tempatan yang melancong ke Indonesia dan ada mengunjungi masjid tersebut.


Artikel berkaitan : Tular Mengamuk Dalam Masjid, Wanita Diarah Buat Ujian Mental Dekat Hospital Bahagia

Artikel berkaitan : Wanita Terkejut Diintip Ustaz Masa Solat Jemaah Di Masjid, Dapat Surat Mahu Lamar Jadi Isteri Kedua

Susah nak jumpa ruang solat, rupanya…

Melihat rupa masjid tersebut, rekaannya agak unik berbanding dengan masjid-masjid yang kita selalu nampak kerana ia sangat besar dan menurut Fikri Zamri, ketinggiannya diibaratkan seperti 10 tingkat bangunan.

Menurutnya, warga tempatan mendakwa bahawa ianya dibina oleh jin dalam masa satu malam sahaja. Katanya lagi, warga tempatan pelik kerana masjid ini tiba-tiba sahaja muncul kerana menurut mereka tiada masjid di kawasan itu pada sehari sebelumnya.

Screenshot 2024 03 25 142525

Tambahnya kebesaran masjid ini membuatkan Fikri bersama rakannya tak jumpa pintu masuk, ketika Fikri masuk ke dalam masjid itu, suasana dan dekorasi persis di gua, ia mengimbau saat dia berada di Vietnam mengunjungi ‘The Crazy House’.

Bagaimanapun, ia kelihatan begitu indah kerana terdapat kolam ikan, akuarium dan bermacam-macam lagi. Bagaimanapun, dia dan rakannya mendapati agak sukar untuk menjumpai ruang solat walaupun sudah kedengaran bunyi azan di dalam masjid itu.

Biarpun mereka menjumpai ruang untuk mengambil wuduk, mereka masih belum menjumpai ruang solat saat solat sudahpun bermula. Sepanjang pencarian mereka, kelihatan setiap ruang di masjid itu begitu indah, siap ada studio foto dan kedai di dalamnya.

Screenshot 2024 03 25 145945

Namun begitu, mereka akhirnya menjumpai ruangan solat dan setelah selesai, mereka sambung penjelajahan di dalam masjid itu dan mereka mendapati terdapat sebuah kolam di dalamnya.

Screenshot 2024 03 25 150130

Usai mereka mengerjakan solat fardhu dan membuat penjelajahan di dalam masjid tersebut, rupa-rupa orang-orang tempatan menjelaskan kepadanya bahawa mereka sebagai orang luar perlu meminta keizinan dahulu sebelum masuk, ia bagi memastikan keselamatan mana-mana individu yang mengunjungi di tempat itu agar tidak terkena sebarang ‘gangguan’.

Entah lah bila min tengok, rasa gerun sikit ada, tapi lawa pun ada.

 

Mengenai Masjid Tiban

Screenshot 2024 03 25 142525 1

Serba sedikit fakta dan sejarah mengenai masjid ini, menerusi detik.com, pada asalnya, Masjid Tiban adalah sekolah pondok atau madrasah yang bernama Salafiah Bihaaru Bahri Asali Fadlaailir Rahmah. Ia juga dikenali sebagai Pondok Bi Ba’a Fadlrah yang membawa maksud lautan madu. Nama itu diberikan agar pengunjung mendapat berkat dari Allah SWT.

Seperti yang diperkatakan, Masjid Tiban dibangunkan dengan bantuan jin. Cerita itu berdasarkan proses pembangunan dan keindahan masjid yang kelihatan tidak ternilai dan siap begitu cepat.

Dalam bahasa Jawa, Tiban bermaksud tiba-tiba. Walau bagaimanpun, pihak madrasah menepis khabar angin itu.

Screenshot 2024 03 25 145349

Ini kerana pembangunan Masjid Tiban telah dilakukan sejak sekian lama. Pembinaan masjid ini telah dilakukan sejak tahun 1987. Namun ia siap separuh jalan hingga disambung semula pada tahun 1992.

Pembangunan Masjid Tiban berdasarkan hasil ilham daripada Ahmad Bahru Mafdlaluddin Shaleh, pengasas sekolah pondok ini.

Pembangunan Masjid Tiban dilakukan pada masa kepemimpinan pengasasnya iaitu Kiai Haji Ahmad Bahru.

Pembinaan itu adalah hasil kerjasama daripada pelajar sekolah pondok dan penduduk yang tinggal di kawasan tersebut. Bahan binaan yang digunakan adalah tanah merah yang dicampur dengan tanah liat dan lumpur.

Sumber : YouTube, detik.com

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.