Kebiasaannya, makanan yang tidak habis dimakan sewaktu berbuka puasa akan disimpan di dalam peti sejuk untuk dijamah semula semasa moreh ataupun sahur.
Pun begitu, seorang individu mendakwa sesetengah makanan yang dijual di bazar akan cepat rosak walaupun disimpan di dalam peti sejuk.
Tak elok untuk disimpan
Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh @AsyrafRosli_ di X, memaparkan video pendek bualan oleh tiga orang yang sedang melakukan podcast bersama-sama. Salah seorang daripada mereka mendakwa makanan yang dibeli di bazar Ramadan tidak sesuai disimpan walaupun ianya diletakkan di dalam peti sejuk.
Artikel berkaitan: “Lauk dah lama ke tu?” – [VIDEO] Netizen Seram Tengok Nasi Kandar Berulat
Artikel berkaitan: “Neraka Wail menanti” – Mufti Pulau Pinang Ulas Isu Peniaga Jual Makanan Basi Di Bazar Ramadan
Apa-apa barang yang kita beli dekat bazar Ramadan, tak elok disimpan sebenarnya sebab ada bakteria. Boleh jadi keracunan makanan.
Selain itu, seorang lelaki dalam video itu turut bersetuju sesetengah makanan yang dijual di bazar dimasak dan dihidang lebih awal jadi ada risiko untuk ianya cepat rosak.
Dah nak habis puasa baru jumpa video ni ? pic.twitter.com/Xou5XCeESh
— AsyrafJr | iPhone Repair (@AsyrafRosli_) April 4, 2024
Makanan terdedah di udara
Dalam pada itu, individu tersebut memetik beberapa isu yang tular sebelum ini tentang juadah bazar Ramadan yang menjadi basi dan berulat. Ia mungkin berpunca daripada makanan yang dibeli itu terdedah di udara.
Pernah tak korang pergi bazar.. makan.. malam tu cirit-birit? Kadang kita pergi bazar kita nampak macam ada makanan yang mula berulat.
Sebenarnya ada satu lalat yang warna hijau.. peniaga kena ambil tahu benda tu.. jangan bagi benda tu hinggap dekat makanan.
Sebab dia bukan sekadar bertelur tapi telur yang dikeluarkan tu terus jadi ulat. Dia boleh membiak sekejap je dalam masa sejam dah besar sebab dia makan makanan tu.
Kadang risau bila nak beli makanan yang terdedah ni.. takut tercemar..
Sumber: X