Pengacara dan pelakon terkenal Adibah Noor bukanlah nama yang asing dalam industri hiburan tanah air, dia selalu mewarnai kaca televisyen kita dengan pengacaraan yang profesional dan lakonan yang bersahaja.
Tidak kurang dengan itu, Adibah Noor juga merupakan seorang penyanyi yang pernah memenangi Anugerah Juara Lagu dengan lagu hit, Terlalu Istimewa.
Baru-baru ini, selebriti serba boleh itu telah memuat naik sebuah gambar di laman Twitter miliknya yang menunjukkan badannya semakin kurus.
Bismillahirrahmanirrahim.
Kerja kerja kerja jomz!!#DakDebokEmcee pic.twitter.com/PKxTIn4dXP
— ADIBAH NOOR 🇲🇾😼 (@adibahnoor) June 8, 2022
Difahamkan, gambar itu diambil ketika Adibah Noor sedang mengacarakan sebuah acara formal di sebuah universiti tempatan.
Gambar itu mengundang reaksi positif daripada netizen dan dalam ruangan replies pengacara tersohor itu berkongsi dia hanya berhenti minum minuman yang manis dan makan enam sudu penuh setiap kali.
“Makin cantik lah Kak Diba”
Adibah Noor sering membahasakan dirinya ‘Dak Debok’, tetapi disebabkan gambar yang dimuat naiknya itu, ramai netizen yang mengakui dia bukan ‘Dak Debok’ lagi. Ruangan replies juga dipenuhi dengan pujian kepada pelakon tersebut.
Boleh jadi inspirasi ni!